Nuffnang Ads

Sunday, July 8, 2012

Bloggers Juga Duta Kecil Negara.

"Arus perubahan membawa perubahan laaa.."

Bila kita cakap fasal pengaruh, semua orang boleh jadi berpengaruh, cuma, pada masa sekarang ni, bloggers juga mempunyai pengaruh yang agak kuat. Sebagai contoh, aku amik contoh dari luar, dalam fashion, Bryanboy, a Philippine's blogger yang memang mempunyai pengaruh kuat dalam fashion world. Dia memang selalunya ada di majlis-majlis fashion dunia. 

Contoh lainnya, di Malaysia, blogger2 seperti Maria Elena *masuk surat khabar semalam, Fatin Liyana *pernah masuk surat khabar jugak, Ben Ashaari *masuk Nona dan ramai lagi juga mempunyai pengaruh yang secara tidak langsung, tulisan mereka mempengaruhi pembaca-pembaca mereka. Tidak aku katakan kesemuanya, tapi adalah yang mempunyai aliran pemikiran yang sama. Tapi selagi mana tidak membawa apa-apa permasalahan, itu tidak akan menjadi masalah besar. Betul tak? selagi mana tidak mengancam keselamatan dunia, itu tidak akan menjadi masalah langsung. Sebenarnya, kehadiran blogger boleh diiktiraf sebagai wartawan-wartawan dan duta-duta kecil negara, kerana secara tidak langsung, mereka memberikan cerita fasal tempat2 di Malaysia dan juga blogger yang sanggup ke tempat-tempat tumpuan pelancong dan berhabis duit untuk mengambil gambar menarik untuk dimuatnaikkan ke dalam blog. 

Apa yang aku ingin sampaikan di sini adalah, arus perubahan telah memberi impak besar kepada pembangunan sesebuah negara. Sekarang aku tau bahawa di China ada satu tempat di mana nelayan mereka menggunakan burung sebagai penangkap ikan. Dulu aku tak tau dan sekarang aku tau dan ia amat interesting. They *the nelayans, have been using the bird for thousand of years and it is from their ancestors. Amazing right? 

Negara Malaysia juga tidak terlepas daripada dipromosikan secara tidak langsung diblog apabila ada blogger2 Malaysia yang menulis fasal percutian indah mereka. Seronok bukan apabila dalam berkongsi dengan orang lain akan kegembiraan kita. Tapi itu semua adalah datang dari diri blogger itu sendiri kan? Sharing is caring. Pengaruh blogger adalah kuat sebenarnya, ramai yang membaca blog sekarang, memang tidak dapat dinafikan, ada blogger2 yang menyalahgunakan blog, tapi ramai jugak yang menggunakan blog untuk kebaikkan. Kan? Jadi, embrace the good doers tu, jangan asyik menyalahkan mereka yang salah, sedangkan kita nampak kesalahan mereka. kan?

Okay lah, lama tak update, sekali sekala update, banyak sikit tulis. hehe..

Okay, nak dinner.

Assalamualaikum WBT

p/s: hidup semakin mencabar.

No comments:

Post a Comment