Nuffnang Ads

Monday, July 9, 2012

Motivasi Pagi.

"Morning update"

Perkara ni jarang aku lakukan sebenarnya, tapi takpe, aku nak update pagi ni kejap. Update pagi ni penuh dengan kata-kata motivasi yang akan menaikkan motivasi anda tatkala pagi. Okay? Aku cuba. 

Selamat pagi semua, baiklah, untuk permulaan motivasi ni, aku nak, semua pembaca mengucapkan Alhamdulillah diatas nikmat hidup yang Allah berikan okay? Jangan tak bersyukur, dosa tau. Selepas itu, hendaklah kita selalu memenuhkan persekitaran kita dengan perkara-perkara yang positive and janganlah mengisinya dengan perkara-perkara yang negative. Kita juga kenalah redha dan positive dengan pekerjaan yang akan kita lakukan. Jangan perfikiran negative, kalau negative nanti, susah tau. 

Sewaktu berkerja, hendaklah kita selalu senyum dan menerima segalanya kerja dengan senyuman, jangan pulak kita bermasam muka sebab nanti rezeki tak masuk, sapa susah? Semua ini sebenarnya datang daripada diri kita sendiri. Kita selalu cuba untuk melakukan perkara yang terbaik untuk diri kita dan kadang kala kita gagal dan kadang kala kita berjaya. Kalau berjaya, hendaklah kita kekalkan, dan kalau tidak berjaya, hendaklah kita mencuba lagi sampai berjaya. Okay?

Semua pekerjaan adalah sama. Semua memerlukan komitmen yang tinggi dan selalunya lagi tinggi sesuatu pangkat, lagi besar tanggungjawabnya. Kan?

Apa-apa pun, aku rasa motivasi aku ni macam okay la, berjaya la kan? Baiklah, aku nak pergi kemas rumah ni, ermm.. nanti aku update lagi blog eh.. korang sudi-sudikanlah membacanya yea?

Assalamualaikum WBT

p/s: nak pergi beli surat khabar jap.

2 comments:

  1. alhamdulillah .
    mulakan hari-hari dengan senyuman :)

    ReplyDelete
  2. Amira : yup.. alhamdulillah, mulakan hari dengan senyuman adalah yang terbaik. Amin.

    ReplyDelete