Nuffnang Ads

Wednesday, August 15, 2012

Jangan Membazir Ketika Membeli Baju Raya.

"Kalau dah dapat update..."

haa.. ini lah bahananya. *bahana ke? tak kot.. kalau aku dah dapat update, macam-macam la aku nak update dan mungkin setiap beberapa minit aku update kan? tapi aku nak guna automatic update la, senang sikit rasanya kan? tulis dulu lepas tu baru update sendiri.. hehehe.. 

Sebenarnya ingin menjadi blogger sepenuh masa, bukanlah sesuatu yang mudah. Ia amat payah sebenarnya, aku yang tak sepenuh masa ni pun tercungap-cungap cari bahan. Tak caya, cuba tanya mereka yang menjadi blogger sepenuh masa, mesti macam-macam diorang cakap tentang kepayahan mencari bahan. Macam Lulu, dia blog penuh infomasi, kat mana dia dapat news, dia kena cari. Pada aku tu payah gak la, tapi to earn living kan, who are we to say no kan? well, we got to what we have to do. Tapi kalau dah minat, benda susah jadi senang. kan?

okay lah, cakap sal raya pulak la eh, korang tahun ni berapa pasang baju raya rasanya? baju melayu? baju kurung? ada yang pakai cheongsam ke? sari? punjab pun cantik tau.. tak kisah la pakai baju apa, janji baru ok? sebab, kalau pakai baju baru ketika hari raya pertama dapat pahala sunat tau sebab meraikan kemenangan kita selepas berpuasa. Sebulan berpuasa. *Ustaz Azhar Idrus cakap. 

Aku tahun ni, aku buat baju melayu warna royal purple, nanti lepas raya aku post dalam blog eh, cantik jugak la for first timer like me, ada sampin sekali, warna purple gak, sampin ni aku beli kat Danau Kota ritu, shopping raya. Sekarang kalau nak pergi, memang tak dah la, ramai sangat orang. Sangat ramai. Ramai giler, *speechless

Baju raya ni sebenarnya tak lah kena banyak sangat, tak payah, 2-3 pasang sudah cukup. Kita bukan nak beraya sampai sebulan kan? Recycle adalah lebih baik daripada pakai baju baru semua, membazir. Tetapi kalau nak beli baju, beli baju yang boleh dipakai balik selepas raya. Macam baju melayu, baju kurung tu memang okay la, ni kalau baju yang pelik2 ni, takyah beli la. membazir. Pakai sekali, lepas tu tak pakai da. Membazir namanya tu kan?

Okay la, nak off da ni.

Assalamualaikum WBT

P/s: ingat pesanan, jangan shopping banyak sangat! membazir.

No comments:

Post a Comment