Nuffnang Ads

Sunday, August 26, 2012

Jangan Politikkan Setiap Acara.

Malam!

Semenjak dua menjak ni banyak lah kan jamuan raya, rumah terbuka dan pelbagai lagi perkara yang dibuat oleh orang untuk memberikan sedekah dalam bentuk makanan kepada orang ramai dalam merayakan hari Raya yang mulia ini.

Namun, apa yang merungsingkan adalah apabile segelintir pihak menjadikan rumah terbuka dan jamuan raya sebagai salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti politik. 

Macam wartawan tak aku tulis? macam kan? kan? hahaha.. takde lah, ni bukan isu sangat pun, cuma peringatan kepada semua, nak bersedekah, berjamuan makan, rumah terbuka pada pendapat aku tersangatlah boleh dan sangat2 dialu-alukan. CUMA!, janganlah cemarkan keharmonian bersedekah dan berumah terbuka tersebut dengan politik. Bukan apa, ini pesanan, tak kiralah parti apa sekalipun, jangan berpolitik. Ada masa berpolitik, haa... berpolitik lah sekuat mungkin, tapi time bukan untuk politik, contoh, beraya , jamuan rumah terbuka, janganlah nak berpolitik jugak. Tak manis kan? 

Aku tak nafikan, aku ada jugak pergi jamuan hari raya yang dihadiri oleh pemimpin setempat. Alhamdulillah, segala persiapan adalah dari pihak JKKK itu sendiri dan ia dijayakan oleh pelbagai pihak. Kedatangan ADUN adalah untuk menunjukkan satu rasa hormat kepada rakyat yang mengundi mereka. Tapi selagi mana ia tidak dicemarkan dengan aktiviti politik aku rasa ia okay.

Tapi aku rasa, tak semua acara bersih. Kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: dah, nak mandi pulak!

No comments:

Post a Comment