Nuffnang Ads

Friday, August 17, 2012

Kad Raya, Jalan Raya dan Hari Raya.

"Warm wishes from me to you"

Ha... selalu je kan dapat macam dalam message? pernah tak? okay lah, aku tahun ni alhamdulillah, rezeki lebih *tolong mak menoreh, dapatlah aku menghantar kad raya kepada kawan-kawan. Kepada yang dapat tu, itu je yang aku dapat bagi, kepada yang tak dapat tu, nak buat cmne, aku takde alamat korang. hihu..

Okay, mungkin kiriman kad raya sudah dilupakan tapi aku masih ingat, walaupun dulu2 masa kecik dulu, mana lah dapat kad tapi alhamdulillah, waktu dah besar ni, time aku lah pulak menghantar kad-kad raya tu. Kan? Bukan susah pun, nak2 pulak tahun ni, Pos Malaysia ada buat promosi kad raya, maksudnya. 1 kad raya hanyalah 50 sen. Murah dah tu. Seyes. Nanti kalau aku dah jadi terkenal boleh lah korang hantar kad raya kat aku eh. *berangan lagi! hahahha...

Dulu-dulu masa kecik2, aku beli kad raya sendiri, lepas tu letakkan kat dinding, tapi make sure klipkan isi dalam tu, kang orang tahu lah yang itu takde tulisan. hahah.. jangan conteng, insyaAllah, boleh guna untuk tahun depan. hahaha.. *bijak tak? bijak tak? bijakk!!! hahaha

Hari ni mesti ramai dah yang balik kampung kan? Alhamdulillah, korang yang akan memandu, sedang memandu hendaklah berhati-hati sebab kita tak tahu malang kat mana kan? kalau mengantuk, haaa.. sesila la cari tempat berhenti. Minum ke, tidur ke, takpun berhenti kat stesen minyak. Confirm ramai orang. Kan? Jangan lupa bawak bekal sekali, minuman. Pastikan bawak minuman yang akan membuat anda terasa nak berjaga je. Jangan pulak termakan pujukan iklan tu, kadang-kadang, tak berkesan jugak untuk diri sendiri. You know what best for yourself. Okay? Remember that.

Kalau kat Jalan Bentong-Raub-Lipis-Merapoh-Gua Musang adalah laluan utama untuk orang Kelantan balik. ya Allah, ramai kot orang Kelantan, kitaorang yang kat sini, kalau nak tengok kereta banyak, pergi je la kat jalan utama tu, memang ramai orang. Kadang-kadang, pening kepada pun ada tengok terlampau banyak kereta. Tapi yang paling banyak sekali adalah di waktu Hari Raya Aidiladha. Itu, memang kaw-kaw punya banyak. Takde siapa boleh lawan. Cayalah!

Hurm... terbanyak pulak tulis malam ni. So, drive safe and hope everything would go as planned. okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang sangat pulak hari ni! erk!!

3 comments:

  1. dear akmal,
    Thank you very much for the raya card.so lovely and sweet!I've replied to u one card n i hope it reaches u already.urm..love to read your entry.keep on sharing your words of wisdom :-) selamat hari raya.maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. my dear Akmal,
    Ive received your raya card. Thank You Very Much dear.the card is so lovely and sweet.heee.Ive sent you one too in return.Hope it reaches you ASAP..love to read your entry.Keep on sharing your words of thoughts and wisdom!HAPPy CELEBRATING raya for one month full! :-D Miss you

    ReplyDelete