Nuffnang Ads

Friday, August 17, 2012

Lagu Raya Berkumandang di mana-mana da sekarang.

~ Selamat Hari Raya~~ 
~ Hari untuk kita bersuka ria~~
~ Selamat kami ucapkan~~
~ Untuk kita hingga sampai tahun depan~~
~ Selamat... Haaa... Riii... Raaa... Yaaa...~~

Ha... banyak lagi lagu raya yang menjadi pilihan sebenarnya kan? Tapi takpe la.. ni pun sebenarnya random je petik, main petik je. Tak tau lagu siapa yang nyanyi.. hihu~~ lalalala~~ janji lagu raya kan? Itu sudah cukup baik. hahaha..

Okay, aku tak tau sejarah lagu raya ni, bila ia mula-mula dicipta, sapa rakam, tapi pada pendapat aku, lagu yang paling lama adalah lagu Tan Sri P. Ramlee dengan lagu Puan Sri Saloma. Evergreen habis. Memang puas hati evergreennya. Sepanjanng hidup aku, itulah lagu yang selalu aku dengar. Lagu DJ Dave, Black Done Bone, Sharifah Aini, itu semua old timers la tu, kalau yang baru2 ni dan yang pada aku telah mencecah taraf ever green adalah, lagu2 Siti Nurhaliza, M. Nasir, Amy Mastura. Hmm.. itu je la, yang lain tu, masih ala-ala je. Tak dengar pun takpe. Hihu~~ *sorry.

Okay, kalau kat luar negara, dorang ada Christmas, dan kat Malaysia ada Raya. Dua perayaan yang berbeza. Tapi kalau di UK, contohnya, keluarkan Album Christmas, ramai giler yang beli dan lagu mereka diberi nafas baru tapi melodi tetap sama. Kebanyakan lagu Christmas mereka adalah diambil daripada hym2 yang mereka ada. But vocally, they have soprano touch to the songs. Itu yang membuatkan lagu mereka berbeza dengan lagu2 lain. Seronok dengar, aku suka dengar lagu cmni. salah satunya adalah Purify My Heart.

Kalau di Malaysia, lagu2 perayaan seperti lagu Raya adalah ditulis oleh komposer2 kita lah kan. Dan kalau ada yang memberi nafas baru kepada lagu2 raya yang memang evergreen, memang kita tak dapat nak terima. Sebab apa? sebab kita memang suka versi tradisional. Aku tak nafikan, aku pun suka sebenarnya lagu tradisional, aku cuba dengar lagu raya versi baru, cuma ia tidak menjadi halwa telinga aku pun. Memang susah aku nak terima. Memang susah lah. Hihu..

Okay, aku sebenarnya suka je dengar lagu apa2 pun. ranging from heavy rock to ballet, traditional to fusion. I can listen to any music. I even listen to Kitaro. I love Kitaro. He made great music. Tapi, apa2 pun, good music comes from artistic people made for those who appreciate it, right? 

Well, apa2 pun, ni da nak raya da, aku nak ucapakan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua bloggers dan pembaca blog aku. Aku amat menghargai kalian, tanpa kalian semua, siapalah aku. *macam menang award pulak. *verangan! hahaha...

Assalamualaikum wbt.

p/s: petang ni nak makan apa eh?

No comments:

Post a Comment