Nuffnang Ads

Monday, August 20, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya 2012 di Kampung Jenud.

Selamat Hari Raya kepada semua!!!

Well, dalam kita semua berhari raya, jangan kita lupa kepada yang mereka yang tiada. Iyalah, kadang-kadang kita ni asyik melaram je. Aku pun melaram jugak. Alhamdulillah, baju raya aku tahun ni cantik. Hahah.. *tiap2 tahun baju raya aku cantik hehehe.. Tahun ni, keronsang aku makin besar.

Okay, untuk tahun ni, penduduk Kampung Jenud ni tak ramai sangat, ia ditunjukkan sewaktu kami semua ke Kubur, selalunya, ramai orang, tapi tahun ini agak berkurangan. Tapi takde lah sampai takde langsung, ada lah jugak.

Urm.. hari raya pertama aku berjalan dengan lancar, alhamdulillah, dan hari raya kedua pun okay jugak. Banyak rumah yang kami pergi. Dan pada petang tadi, ada majlis sambutan hari raya di Kampung Jenud ni, alhamdulillah, ramai jugak yang datang. Berbagai makanan yang ada, sedap giler kot. aku? makan banyak la of course. Who does not love food, nak2 masa raya ni, bermacam-macam ada. Kenyang perut, ni pun sekarang masih kenyang. Nak tengok gambarnya? 


 Gambar ini adalah YB Dato' Aziz bin Mat Kiram (ADUN Batu Talam) dan Datin memberikan sumbangan duit raya kepada anak-anak Kampung Jenud.


Dan gambar ini adalah Datin memberikan sumbangan duit raya kepada ibu-ibu yang berada di Kampung Jenud.

Alhamdulillah, aku pun dapat gak duit raya. Maaf yer, aku bukan bawah ibu tunggal mahupun bapa tunggal, aku tadi amik duit raya bawah Belia. hihu~ dapatlah, alhamdulillah, syukur, Hehehe..

Okay lah, nanti, InsyaAllah, aku akan cuba update lagi gambar baju raya aku, aritu janji kan? Maaf lah, sibuk sangat dua tiga hari ni, dok melayan tetamu dan pergi beraya. Walaupun tak ramai tahun ni, tapi tetap sibuk, maklumlah, retis! hahahaha *berangan lagi!

Okaylah, depan rumah aku ni ada ceremony. nanti2 kita update lagi eh.

Assalamualaikum WBT

p/s: mesti ada yang berminat nak amik gambar aku ni, *wartawan kot. hihu~ well, at least aku cover cerita ni kan?

No comments:

Post a Comment