Nuffnang Ads

Wednesday, August 15, 2012

Morning, Jangan Nak Main Mercun!

"Morning sunshine!!!"

Selamat pagi semua,,, harap semuanya berpuasa lagi eh? jangan ponteng2 okay? ni dah nak masuk hari ke berapa da ni, korang jangan mengada-ngada nak ponteng, tak best la okay?

Okay, hari ni, aku nak post fasal kehidupan gak je la kot. My life. hahaha.. aritu ingat tak aku ada post sal nak berniaga bagai kan? Malangnya, tak jadi. Dek kesibukan sangat, aku tak jadi berniaga. Ingatkan nak berniaga kuih bagai kan, tapi tak jadi sebab tolong mak menoreh getah. Hehehe.. alhamdulillah, okay je. Tolong mak aku lebih baik daripada tolong orang lain dapat duit. Hehehe.. Harsh? Suck it!

Okay, dekat-dekat nak raya ni ramaikan yang beli mercun, jual mercun, pada pendapat aku, bukannya tak boleh nak main mercun tu bagai, tapi BERHATI-HATI. Iya la, kalau nak mati, makan sayur pun mati kan? okay, itu lain cerita. Cuma janganlah buat ujikaji bagai, nak experiment, adakah 400 mercun bola lebih kuat kesan letupannya daripada 1 mercun bola. Boleh pikir sendiri kan? HARUSLAH KUAT DEK NON! Lagi banyak belerang tu, lagi lah kuat letupannya. Since, aku dah bagi jawapannya kat sini, so, lepas ni, jangan nak buat experiment eh? jangan.. *polis kata jangan....

Ok, berbalik kepada main mercun, nak main boleh, tapi berhati-hati. Term berhati-hati ni adalah seperti, jangan baling mercun kat muka orang, jangan baling mercun dekat dengan orang, jangan balik mercun dalam rumah, jangan bakar mercun lepas tu kalau tak meletup pergi amik jangan!, jangan bakar mercun dalam botol kaca dan pelbagai lagi jenis jangan yang anda tak boleh lakukan okay? please la, nak main boleh, tetapi sila berhati-hati. Jangan nak mencuba-cuba. Bahaya! kalau boleh, jangan main langsung, main je bunga api tu, takpun main mercun bawang tu, senang! hahaha..

yaaaa.. banyak pulak aku membebel kat sini kan? so, kepada semua, memang banyak sebab kematian, tapi takkan korang nak dalam sijil mati korang SEBAB KEMATIAN : MAIN MERCUN... eeeiiii... memang kes unik tapi takkan lah korang nak kan? so... berhati-hatilah. Pesanana ikhlas daripada Akmall Razlan. 

Assalamualaikum WBT

p/s: abang aku pun beli banyak mercun. banyak!

No comments:

Post a Comment