Nuffnang Ads

Thursday, August 30, 2012

Nama Pelik Tapi Senang Ingat!

Hai semua...

Okay, pada entry kali ini, aku nak tulis dalam bahasa Melayu. Okay? Tadi aku sempat membaca beberapa artikel dalam surat khabar, Utusan Malaysia dan Sinar Harian. Okay, aku lebih tertarik untuk mengulas sedikit dalam artikel tulisan Puan Sri Diah *aku pernah buat entry fasal dia.. hehe.. Artikel tersebut bertajuk " Perihal Nama Pelik dan Glamour". 

Kalau korang sempat baca, bagus lah, seronokkan baca artikel tu. Rasa sangat relate dengan diri kita kan? Sebab apa? Sejak dari dulu lagi, orang Malaysia ni memang suka bagi nama tambahan kat orang, bukan sebab nak permainkan nama atau orang tu, cuma senang nak kenal dan terus dapat siapa orang tu kalau sebut nama orang tu. Makanya, ia berlarutanlah sampai ke sekarang. Kalau kat kampung aku pun ada jugak, nama-nama orang tua-tua dulu la.. tapi aku bagi contoh ni tak berkaitan dengan kampung aku lar eh, Din Belacan, Li Putar, Din Pisang dan macam-macam lagi. Okay, kombinasi tersebut senang je sebenarnya, contoh, kalau nama seseorang tu Hishamuddin dan dia jual pisang, amik je nama Din kat belakang tu then tambah je pisang.. jadilah Din Pisang. 

Ni sebenarnya konsep jugak la, kalau kat sekolah aku dulu, ada dua kawan kitaorang nama Hisham, so, memandangkan satu Hisham tu tinggi dan satu lagi agak rendah, makanya, nama baru telah terbit dengan menggunakan konsep ini, Hisham Panjang dan Hisham Pendek. Contoh eh... Itu contoh.. hehe.. Tapi dengan adanya nama ini, secara tak langsung, ia menerbitkan satu perasaan mesra sebab, orang rapat2 je tahu nama-nama ni, kalau tak rapat, tak boleh lah kan.. takkan tetiba orang dari England guna nama-nama ni untuk panggil nama-nama orang lain kan? Unless dorang dah kenal rapat. So, cmtu lah...

Berbalik  kepada zaman sekarang, konsep ini telah digunapakai semua untuk dijadikan pelbagai jenis jalan cerita. Sebagai contoh, Kiah Pekasam, Fatimah Juling, Halimah Jongang, Bedah Tong Gas, dan pelbagai lagi cerita yang boleh dibuat melalui konsep nama ini. 

Mungkin ada yang berpendapat bahawa penggunaan nama-nama tambahan seperti ini adalah tidak manis dan mampu mencetuskan huru-hara * haha..saje je takde la sampai mencetuskan huru-hara tapi bagi tuan empunya badan, mestilah dorang rasa sedikit rendah diri kot.. sek bek lah aku takde nama gelaran ke apa.. cuma kat U je dulu, aku dipanggil Akmal si Model.. hahaha *sila muntah.. takde lah tipu je.. seingat aku, takde la aku kena panggil apa-apa nama ke.. aku ni baik la kot..hahaha... Cuma aku je buat Entry ini kat kawan-kawan aku dulu.. Tapi nama aku takde la..hahaha..

Tapi bukan apa, segala jenis nama ni sebenarnya akan membuatkan kita cepat ingat dan at least kita ingat kat orang kalau ada nama tambahan ni kan? Bukan apa... ramai je sekarang nama pelik2..tapi susah nak sebut.. orang-orang tua, bagi je nama kat budak2 tu senang nak panggil, pesanan kepada ibu bapa, jangan bagi nama anak-anak pepanjang, pepelik dan susah-susah nak sebut. Kesian nenek dan atuk nanti.. okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: korang ada nama yang diberikan oleh kengkawan..kalau ada komen kat bawah okay?

No comments:

Post a Comment