Nuffnang Ads

Saturday, August 18, 2012

Raya Pun Nak Dipolitikkan?

Sehari Sebelum Raya.

Seronokkkan? Aku seronok jugak kalau nak raya ni. Iyalah, setahun sekali, I mean, raya Aidilfitri la, setahun sekali, kalau nak ikutkan perayaan yang ada kat Malaysia ni, banyak! sangat banyak! terlampau banyak. Tiap2 bulan ada je perayaan yang akan disambut oleh rakyat Malaysia. Nak-nak setahun dua kebelakangan ni, aku bukan lah anti politik ke apa, cuma, kadang-kadang naik fed up juga. Sejak 1 ideology diperkenalkan, setiap perayaan, setiap acara yang ada kaitan dengan sesetengah parti politik. Punya banyak sekarang. Benda ni ada dua kemungkinan besar, 1. orang akan lebih terpengaruh, 2. Orang akan lebih menyampah. Dah yang so-so tu, aku tak kira lah, sebab kadang-kadang yang so-so ni pun tak mengundi kan. So, lantak dorang lah yang tu. Atas pagar kalau dalam istilah politik. *wah!! tahu jugak nih.. hehhe..

Eh!!! apa ni, nak raya cakap sal politik! no no no! tak nak! tamo! tamo! jangan cemarkan pemikiran aku yang suci kudus ini. *wahahaha.. rasa nak lempang laju2 tak? Okay lah, memandangkan esok dah nak raya, cuma tunggu penyimpan mohor besar Raja-Raja je sekarang ni. Kalau dapat green light dari Raja-Raja, then esok adalah hari Raya. Tapi selalunya, dalam kalendar tu dah tepat da. Sangat menepati segalanya. Kalu raya esok, makanya, pelbagai perkara perlu dilakukan, mop lantai, sapu rumha lagi, kemas halaman rumah bagai, sapu2 lagi, lap2 tv, lap2 radio, sapu lagi, mop lagi, lap kipas bagai, sapu lagi. Memang banyak kerja kan? apa nak buat, nak beraya, kenalah berkorban. Wah!! berkorban tuh.hahhaha.. sengal tak terhingga. 

Aku ni sebenarnya baru je lepas makan, dan selalunya aku takkan bangun sahur, dan alhamdulillah, aku tidak merasa lapar. Mungkin aku telah biasa dengan keadaan itu, iya lah, dah 28 hari puasa, malangnya, tak pulak 28 kilo turunnya. mungkin naik adalah kot. *Ya Allah, Malaysia ini adalah syurga makanan. hihu~ Semua salah penjual makanan yang jual makanan sedap2.~ hahaha.. takde lah, gurau je.

So, untuk aktiviti pagi pukul 9 nanti adalah pagi yang paling sibuk, mak dan abang aku nak pergi pasar Kuala Lipis, nak pergi beli daging katanya, nak turun lemang jugak. Aku dan akak cik aku memang confirm2 lah kemas rumah. memang confirm. sapu2 (sila rujuk list diatas). Cuma, mak de aku je tak balik lagi, sebenarnya nak balik hari ni, sepatutnya, tapi ada masalah pulak! bukan dari dia, dari orang yang KONONNYA nak balik sekali ke kampung, tak jadi balik, huh! macam hape je. kalau tak nak balik cakap tak nak balik,. jangan nak berjanji dengan orang. Sengal! 

Takde kena mengena langsung Tajuk dengan isi penulisan. Maaf. 

Okay, banyak pulak aku menulis ni. Padahal dah malam da ni. Okaylah, aku nak tidur da ni. 

Assalamualaikum WBT

p/s: kepada pembaca, ajak2 lah kawan2 jenguk blog aku ok? hehe..

No comments:

Post a Comment