Nuffnang Ads

Monday, August 27, 2012

Terlalu Ghairah Berdakwah?

Selamat petang semua,

Ingat tak dulu, beberapa tahun lepas. Masa aku mula-mula pakai HP, iya la.. excited kan... pakai2.. okay la.. then lama-kelamaan, pelbagai message masuk inbox. Bila buka, "Anda ingin melihat video sexy si A?", "Anda telah memenangi sejumlah wang daripada Power Root"..aku pun? What? Dari mana dorang dapat number ni sebenarnya. Kalau iya pun nak beriklan, tak payah lah sampai macamtu sekali. Kalau hal-hal penting takpe.. ni, tah hape2. Macam bangang.

Lagi satu message yang dulu sering masuk adalah message yang berunsur keIslaman. Alhamdulillah, aku selepas dua tiga kali message masuk, bukan aku tak nak percaya cuma, kadang-kadang ia memberikan syak kepada aku la. Kepada orang lain aku tak tau. Sebagai contoh "Hantarkan message ini kepada 10 Muslim yang lain dan nescaya anda akan mendapat ganjaran". Ya Allah, aku bukan tak nak percaya, cuma kadang-kadang ia memberikan sesuatu perasaan yang tidak menyenangkan. Dan aku juga tidak langsung menghalang sesiapa yang ingin berdakwah, dipersilakan. Aku sedikit tidak menghalang. 

Iyalah, berdakwah ni ada macam-macam jenis. Sedangkan yang menggunakan lisan tidak ramai yang mampu mengikutnya, apatah lagi yang menggunakan message kan? Aku pun tak lah sealim mana pun. Tapi cukuplah aku dengar sekadar menggunakan apa yang aku tahu untuk diri aku. Jauh sekali untuk aku berdakwah sebab aku pun bukannya alim ulama' sangat. Tak nak aku jadi macam sesetengah artis tu, baru pakai tudung 2 jam dah macam tahun agama dalam 200 tahun. huhu.. Malu weh. Memang nanti sesetengah orang jawab, "Kenapa nak malu? bukankah dalam agama kalau nak berdakwah tak boleh malu dan takut?" Aku jawab, memanglah tak boleh malu tapi ingat kalau ilmu baru dua muka surat, takkan nak mencetuskan kontroversi sampaikan mengetus orang lain hingga membenci kamu kan?, berdakwah pun ada caranya. Ada cara lembut, ada cara keras. Macam-macam. Kalau nak berdakwah pun masih tak tahu cara apa nak digunakan supaya orang mengikut, itu parah tu. Bukan berlakon je buat homework, berdakwah pun ada homework. Jangan main hentam je.

Mungkin isu ni dah lama dan tak perlu dibangkitkan. Well, baru sekarang aku dapat ilham untuk menulis, so, aku tulis je la kan? takkan nak biarkan lama-lama dalam kepala aku. Nanti terlupa, susah lak kan?

Okay la. plan hari ni tak berjalan lancar, hehehe.. esok lah ek, pegi pepagi kat tempat tu. Sorry.

Assalamualaikum WBT

p/s: Gambar amik dari Google. :)

6 comments:

  1. Saya pernah tanya Celcom bagaimana dapat saya boleh dapat mesej inginkan gambar panas atau gambar sejuk dari unknown number..mereka kata yang itu kerja SKMM..bukan Celcom..hampeh!!

    ReplyDelete
  2. kadang2, Abe pun terpikir macam ni jugak

    ReplyDelete
  3. Mohd sabri : Iya la. SKMM? no way??

    ReplyDelete
  4. Que Ahmad : itu la. sama lah terpikir jugak, sebab tu tulis entry tu.

    ReplyDelete
  5. sabor jew la.. mraka 2 smua kejar duit jew..pape pun slm blogger dari wan..singgah dan follow..

    jangn lupa follow blog wan plak ;)

    ReplyDelete
  6. Wan Retis : Mungkin jugak, tak tau la apa sebab sebenarnya... dah follow, thanks.

    ReplyDelete