Nuffnang Ads

Monday, September 24, 2012

Alhamdulillah, Segalanya Sudah Selamat. Amin.

Wahh!!!

Selamat bertemu kembali!! Apa khabar? Mesti korang semua dalam keadaan baik sahaja kan? Alhamdulillah kalau semuanya baik-baik belaka tapi apa yang penting, aku nak tulis satu entry comeback after a few days that berkumandang kan? hehehe...

Mula-mulanya, aku nak minta maaf kat semua sebab aku tak sempat update blog. Aku sebenarnya agak sibuk dengan persiapan perkahwinan sepupu aku yang took place di Ampangan, Seremban. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Sekarang, sepupu aku, Zul Mazrie telah menjadi suami yang sah kepada Mas Angelina. Alhamdulillah,semoga mereka berbahagia ke akhir hayat, amin.

Dan aku sekarang telah balik ke rumah dan menjalankan aktiviti seperti biasa. Alhamdulillah juga. Aku tetap bersyukur. Mungkin bersyukur sahaja tidak cukup tetapi siapalah kita untuk menidakkan keputusan Allah kan? Bersyukur adalah apa yang manusia dan kita sebagai Muslim boleh lakukan. Bersyukur adalah satu perbuatan yang baik, yang tak bersyukur itu adalah satu perbuatan yang tidak baik. Jadi, bersyukurlah. 

Allah SWT ada perancangan untuk setiap daripada kita yang bernafas dalam dunia ini. Segalanya telah dirancangkan, cuma walaupun ia telah dirancang, tugas kita sebagai manusia perlulah berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Tetapi, mungkin ada satu dua perkara datang dalam hidup kita tetapi kita tidak dapat penuhinya mungkin kita ada perkara lain perlu dilakukan. Kita perlu membuat keputusan kan? Keputusan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga serta orang lain. Semoga keputusan dibuat adalah terbaik untuk semua orang. Amin.

Eh! korang nak tengok gambar pengantin tu? ni dia.

Sepadan kan dorang berdua?

Assalamualaikum WBT

p/s: pulut adalah bagai ubat tidur buat aku.
p/s: gambar ini aku amik dari FB Kak Mas.. thanks. sorry for not telling you about taking this picture.

No comments:

Post a Comment