Nuffnang Ads

Saturday, September 1, 2012

Anak Harta Berharga.

Assalamualaikum WBT..

senyap seketika sebab mencari idea untuk menulis. Lama cari idea tau nak menulis ni. Kadang-kadang idea banyak, takde masa nak tulis, kadang-kadang, takde idea, time-time tu la nak menulis. Idea boleh datang dalama banyak cara. Kadang-kadang dengan cara slow, dalam bilik air, semasa tidur, semasa makan dan pelbagai cara yang ada. Idea kadang-kadang mungkin baik, nakal,  jahat dan dapat memberikan pelbagai jenis impressions. kan?

Bila dapat idea untuk menulis mesti menulis bagai nak rak kan? Aku dapat rasakan, entry aku kali ini adalah entry yang paling panjang dan entry yang paling lama untuk disiapkan. Sebab apa paling panjang dan lama? Sebab aku memang memerlukan masa untuk menulisnya. Seriously. Kalau korang baca ni nanti mungkin akan agak bosan dan letih sikit nak baca, tapi insyaAllah, korang akan dapat pengajaran dari apa yang korang baca. Okay

Okay, aku nak cakap fasal anak. Anak adalah anugerah Allah yang paling bernilai. Sebab apa? Anak adalah perlaburan jangka masa panjang. Dari mula dalam perut hingga ke akhir nafas seseorang anak itu adalah masa perlaburan itu. Anak dibesarkan dengan pelbagai cara. Pelbagai cara anak dibesarkan oleh ibu bapa. Itu terpulang kepada ibu bapa. Cuma, anak perlu dibesarkan dengan baik lah. Tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak-anak dibesarkan dengan baik. Kalau ada masalah, kadang-kadang bukan salah ibu bapa, cuma anak-anak mungkin degil sedikit. Kan? Mesti ada yang terlampau degil sehinggakan susah untuk dibesarkan. Mungkin. Tapi itu mungkin ada hikmahnya di masa hadapan, rezeki Allah kita tidak tahu dimana hikmahnya kan?

Baiklah, sebenarnya, tanggungjawab menjaga anak-anak bukan hanyalah terletak kepada bahu ibu dan bapa. Ia juga terletak kepada saudara mara, masyarakat sekeliling. Kalau hanya nak mengharapkan ibu dan bapa, memang tak terjaga anak-anak tu. Jadi, hargailah mereka yang cuba menegur anak-anak kalian. Jangan letakkan kepercayaan penuh kepada sikap anak-anak, dan jangan pulak percaya sepenuhnya kepada orang sekeliling. Pokoknya, siasat kesemua perkara yang anda dengar. Okay?

Aku sebenarnya ada isu yang agak besar untuk dipostkan tapi aku rasa tak patut untuk aku post benda ni. Biar la dulu, nanti-nanti la aku post.

Assalamualaikum WBT

p/s: maaf sebab lambat.


2 comments:

  1. anak tu rezeki..tp nk didik anak bknnye senang...

    ReplyDelete
  2. Atiqah Wadiah : Thanks sebab komen... memang susah nak didik anak..walaupun saya takde anak..tapi saya ada ramai anak saudara... memang susah..tapi kalau betul caranya, insyaAllah... boleh.. :)

    ReplyDelete