Nuffnang Ads

Friday, September 7, 2012

Anak Kampung VS Gangnam Style. Siapa Menang?

Hello...

Lama betul tak ke laman maya ni ? Internet connection aku ada masalah sikit.. sorry eh, aku sebenarnya nak je berblog walking tapi malangnya, aku terpaksa memadamkan perkara tersebut sebab internet connection ni slow sangat, nasib baik isi borang itu ini tu boleh, kalau tak menangis tak berlagu aku. ~~waaaaa~~ *takde lagu kan? haa... macamtu la nangis tak berlagu.. hehehe...

haaa... kawan aku ada tulis fasal gist lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat feat. ONE. hehe.. try la korang buka, tengok pendapat dia... Nadhirah... Dia cakap fasal lagu Anak Kampung tu la.. which aku prefer lagu Anak Kampung daripada Gangnam Style. Aku bukan lah patriotik sangat macam sesetengah orang, dan tidak la jugak menyokong bermati-matian industri seni tanah air, cuma, aku melihat, lagu Gangnam Style tu tak la setaraf dengan Anak Kampung tu. Mungkin itu pendapat aku yang luhur lagi suci kudus tapi itu pendapat aku kan? Mungkin pendapat orang lain bahawa Gangnam Style tu best. Aku kata tak best. So, adil la kan? Tak boleh nak marah, sebab negara kita mengamalkan DEMOKRASI TERPIMPIN. kan ? sapa pernah dengar perkataan tu? Siapa yang uttered ? hehehe..

Berbalik kepada Anak Kampung VS Gangnam Style, mungkin aku agak ketinggalan kot, mungkin, tapi apa yang aku tahu, Gangnam Style ni mempunyai pengikut yang teramat ramai. Sehinggakan ramai yang membuat parody terhadap lagu ini. *kalau lagu Malaysia dibuat parody kena saman dah tu..hahaha.. katanya Hak Cipta Terpelihara.. dek non, kalau masuk Youtube, takde la hak cipta kau... huhuhu.. orang tengok dalam tu, berjuta2.. lupokan jo la.. hehe... Pada pendapat aku, lagu Anak Kampung *walaupun mulanya dalam bahasa Sabah ia dirakamkan, adalah lebih baik daripada Gangnam Style. Memanglah Gangnam Style tu famous ya aaammmat sekarang ni, kat majelis hari raya pun ada Gangnam style? Imagine that uols!... Hari Raya, main lagu Raya la... yang nak terkinja-kinja bagai, apakah jadahnya... Tapi mungkin tu evolusi lagu Raya, sumpah aku tak tau yang ia ada evolusi. *maafkan aku.

Tapi apa-apa pun, aku still suka lagu Anak Kampung nyanyian Jimmy Palikat feat One Nation Emcees, nak-nak bila Mimi buat harmoni tu... pergh.. memang best. Aku suka kalau harmoni-harmoni ni... macam blend aja gitu kan? aku akui.. memang aku mempunyai suara yang sedap *bow terima kasih!!.. tapi bab-bab harmoni ni, aku agak teragak-agak sebab suara aku besar kalau menyanyi.. kalau bercakap! ya Ampun.. lemak merdu.. kalah siti nurhaliza.. bayangkan eh.. badan Afdlin tapi suara Siti Nurhaliza.. memang best la kan.. tapi kalau nyanyi.. badan Afdlin suara tenor gitu.. hahaha.. *berangan lagi.. tapi aku rasa, memang suara aku sedap.. hehehe.. 

Eh! kenapa masuk bab aku suara sedap ni? kenapa? kenapa? *jenis tak sedar diri.. hahaha... mungkin Vokal bukan sekadara rupa memanggil aku untuk ujibakat? ~~mari beli otak-otak.. mari beli otak-otak.. yang sedang-sedang saja... yang penting... harganya murah~~~... lallala~~~ lalalala~~~ eh?? amacam? sedapkan suara aku? Malas nak tunjuk jew.. aku selalu je karok sebenarnya dengan kawan-kawan aku dulu, belle dan mila (kawan karok tetap).hahaha.. dan yang lain-lain. Tak ramai suka nyanyi... mungkin mereka malu.. kami malu jugak.. tapi mana nampak dalam gelap weh.. hahaha.. 

Apa yang aku merepek pepagi buta ni? BTW, esok aku ada kerja sikit, mungkin aku tak dapat nak update banyak..so. aku tulis selagi boleh la sekarang ni.. bear with me okay? Korang mesti ketawa baca entry aku kali ni kan? Kalau tak ketawa, pergi tanda, buang air besar. hahahaha.. voley? hahaha

eh! aku nak buat kerja sikit ni... 

Assalamualaikum WBT

p/s: moral of the story? jangan tulis blog memalam buta, susah, mengantuk!

2 comments:

  1. Gangnam tu ak tgk, pening we. Xstatik,situ sini bgrak. Hyperaktif sungguh!

    ReplyDelete