Nuffnang Ads

Sunday, September 9, 2012

Berangan Tak Habis-Habis!! hahaha

Selamat petang semua...

Alhamdulillah, aku sudah makan malam. Iya lah.. nak diet kena makan awal sikit.. tadi dalam pukul 6.30 petang, aku sudah amik dinner. InsyaAllah, kalau beberapa bulan aku buat macamni, memang kurus kering aku. Hehehe.. tapi malangnya, payah wooo nak buat bagi komitmen ni...

Okay.. insyaAllah, hari Rabu ni, aku akan tolong sepupu aku lagi in event planning. Hehe.. tolong-tolong macam tu je.. aku bukan pandai sangat pun.. hehehe.. at least aku dapat cari pengalaman kan? Bukan takde kerja kat pasaraya tu.. ada, cuma.. basic dia murah sangat... hehehe... RM600? korang nk? Giant pun basic RM900 kan?..  lagipun the main reason aku tak kerja lagi tu adalah aku nak cari kerja lain.. I am waiting for several anak raja yang ada kat Malaysia ni untuk pinang aku... boleh? hahahaha.. takde la.. yang pinang aku tu anak raja perempuan la.. so. takyah aku mencari, betul tak? hahaahha.. *Idea paling terbangang sekali ...aku tau..ter takbley guna dengan paling, sekali kan? hahaha..aku tau..jangan risau...

Well... memang tidak dapat dinafikan ramai anak raja di Malaysia ni.. aku kalau dapat anak raja Brunei sekali pun aku sanggup.. aku sanggup berpindah ke Brunei..*Ya Allah.. kenapa lah aku ni berangan sangat.. hahaha.. Tidaklah weh.. aku saje je ..memandangkan perut aku ni kenyang sangat.. makanya..pelbagai tulisan mengarut yang jari jemari aku keluarkan.. iyalah.. saraf-saraf jari aku ni connected dengan minda.. minda pulak connected dengan perut kenyang.. makanya... adalah mungkin semua ini untuk terjadi... hehehe...

Aku rasa kan.. aku ni kena berniaga sendiri kot.. aku terasa macam nak buka Cool Blog je kat tempat aku... ia franchise.. dan maybe aku boleh kot.. cuma kalau nak buka franchise ni kena ada modal puluhan ribu dalam akaun baru dorang percaya untuk rolling.. *wah..cakap macam ahli perniagaan puluha tahun pengalaman...hahaha... sengal tak? takde la. reason why nak buat Cool Blog tu sebab benda sedap dan aku dapat tengok ia menepati citarasa orang muda renta macam aku..*jangan tanya aku kenapa ada "muda renta", memang macamtu.. orang tua cakap muda..kalau nak muda-muda sangat.. tambah renta.. jadi muda renta.. aku pun tak tau... hehehe... dan berbalik kepada ahli perniagaan tadi... kalau dah kahwin dengan anak raja... baru boleh ada banyak modal kan? nak-nak kalau kahwin dengan kaum kerabat Brunei.. hehehe... baru boleh buka perniagaan.. tak gitu?

Assalamualaikum WBT

p/s: Berangan je la aku... tak sudah-sudah...

No comments:

Post a Comment