Nuffnang Ads

Monday, September 17, 2012

Berniaga Tetapi Takde Lesen???

Malam semua!!

Alhamdulillah, kenyang sudah perut ini apabila makan di sebuah stall yang boleh dikatakan sebagai Riverside di Sungai Marong, Bentong, Pahang. Tetapi mungkin peluang untuk orang lain makan di situ akan terhenti apabila dikatakan malam ini adalah malam terakhir peniaga tersebut berniaga. Ini kerana, mereka terpaksa memberhentikan perniagaan mereka kerana mereka berdepan dengan satu masalah besar. Masalah tersebut adalah Majlis Perbandaran Bentong tidak membenarkan mereka berniaga lagi. Kesian kan? Dengar tadi mereka ada buat permohonan untuk lesen tetapi masih dalam proses dan tidak diluluskan lagi. 

Tadi aku tengok berita di TV 3, then ada satu berita ini mengatakan ramai peniaga di Jalan TAR, Kuala Lumpur tidak mempunyai lesen dan tidak dibenarkan berniaga. Ada mengatakan walaupun mereka telah berniaga lama tapi masih tidak dapat lesen. Kesiankan mereka? Walaupun telah lama berniaga tetapi masih tidak dikeluarkan lesen. Kenapa? 

Kalau mak cik yang cakap dia telah lama berniaga makanya ini clearly bukan masalah politik or apa-apa, sebab kalau dah lama berniaga tak dapat lesen ini bermakna ia semestinya hasil daripada pemerintahan dulu kan? Siapa memerintah? Mungkin minda kamu boleh memikirkannya sendiri kan? :) 

Tetapi apa-apa pun, perkara yang berlaku sekarang adalah tidak masuk akal, apa prosedure untuk seseorang mendapatkan lesen? Kenapa ia lambat dikeluarkan? Adakah ia melibatkan permainan wang untuk mendapatkan lesen dengan cepat? Pelbagai pertanyaan boleh diutarakan untuk mendapatkan jawapannya.

Mungkin ada pihak yang boleh menjawab persoalan ini. Kesian mereka yang berniaga. Cuba anak-anak or saudara-mara menjadi sedemikian. Kesian weh.

Assalamualaikum WBT

p/s: Best la Adam dan Hawa ni.

No comments:

Post a Comment