Nuffnang Ads

Tuesday, September 25, 2012

Cara Untuk Menghadapi Celaan, Cemuhan, Hinaan.

Salam tengahari semua...

Tadi aku ada baca satu kolum dalam Utusan Malaysia, Pedoman. Ada sorang pembaca menghantar surat dan menanyakan fasal 

"Bagaimana hendak menghadapi cemuhan, celaan dan hinaan yang dilontarkan oleh orang lain kepada kita dan bagaimana saranan Islam dalam menangani perkara ini?" 

Lebih kurang macamtu la soalannya dan jawapannya terbahagi kepada 4, 

1. Lihat celaan dan cemuhan sebagai salah satu cara untuk menghapuskan dosa, 

2. jadikan celaan dan cemuhan sebagai pembakar semangat untuk mempertingkatkan diri sendiri, 

3. Terima celaan itu sebagai nasihat dalam memperbaiki diri sendiri,

4. Alihlah celaan untuk kita itu kepada perkara lain, senyum dan tenang.

Memang celaan, cemuhan, hinaan memang susah untuk dialihkan dan kita bukanlah individu yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kita bukanlah wali-wali yang mempunyai hati yang cukup bersih untuk mengalihkan kebencian terhadap orang yang mengeji, menghina kita, memang susah. Tetapi apa yang kita patut buat adalah cuba sebaik mungkin untuk bersabar dalam menghadapi semua celaan, cemuhan tersebut kan?Apa yang penting, kita harus mencari jalan untuk menghadapinya dengan baik. Itu sahaja. Semakin tinggi iman seseorang, semakin banyak cabaran yang ditentukan Allah SWT bagi menguji keimanan kita. Semoga segalanya dibalas dengan setimpalnya. InsyaAllah...

Ada satu hadith catch my eyes, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seseorang mukmin tertimpa kesusahan, kepenatan, kepeningan, kesedihan dan kesakitan, melainkan Allah menghapuskan dengannya sebahagian daripada dosa-dosanya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Ia terbukti, segala jenis kesakitan yang dialami manusia bukanlah sahaja satu dugaan namun ia adalah satu cara untuk menghapuskan dosa orang Muslim. InsyaAllah, janganlah kita mencemuh dugaan yang datang kerana ia datang daripada Allah SWT, Allah berikan kita segala ujian, kesakitan, kepeningan adalah untuk menguji kita sebagai Muslim.

Dan Imam al-Ghazali mengatakan : Seringkali manfaat yang kita peroleh daripada celaan seorang musuh lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan daripada nasihat seorang teman

Assalamualaikum WBT

p/s: Susah nak menghadapi celaan. 

1 comment: