Nuffnang Ads

Monday, September 10, 2012

Cerita Menarik Untuk Anda Tahu!

Pagi!!!

Aku baru je baca surat khabar tadi dan ada satu artikel ni menarik minat aku... btw, aku sarapan lontong pag ni.. erk! alhamdulillah, kenyang.. hehe.. sambung balik, artikel yang menarik minat aku itu adalah.... '14 orang life guard di California dipecat kerana Gangnam Style". I was like,hahahha... finally, there is someone who able to say not to this Gangnam Style fever , I'm like, thank God. Hahaha.. 14 orang ni life guards then menari la Gangnam Style ni dan ia bertujuan untuk hiburan namun, orang atasan dorang tak suka sebab , quote, 'menimbulkn rasa menyampah'. Hahaha.. aku memang gelak sensorang lah tadi. Disebabkan hal ini, aku merasakan ia memang lah satu penghinaan kepada lagu tapi dah sampai menimbulkan rasa menyampah kan? hehehe...

Aku dari awal lagi memang tak berapa suka dengan Gangnam Style ni... maaf lah yer.. aku biar dengar lagu Siti Nurhaliza daripada Gangnam Style ni. Aku rasa aku dah clearkan benda ni dalam entry aku yang lepas. So... hehehe.. no need to say more.

Lagi yang aku baca, Nadia Nisaa dituduh mencaras Diana Dianelle *aku tak pandai nak eja nama dia.., dan dikatakan Nadia Nisaa tidak menepati citarasa peminat novel terkenal Adam dan Hawa. Aku pun terfikir, yang cakap tu cantik sangat ke? Meh aku cakap sikit eh... novel merupakan mainan minda dimana, kita baca dengan minda dan bayangkan muka setiap watak dengan minda. Makanya, adalah tidak wajar menyamakan muka Nadia Nisaa dengan watak Ain dalam Adam dan Hawa tu. Minda berbeza, kalau aku cakap Nadia Nisaa tu okay dengan watak Ain tu, korang nak bantah? mana boleh, itu pendapat aku kan? macam tu jugak la korang.. tak boleh bantah pilihan pengarah. Betul tak? Terima je la.. dah itu rezeki dia, nak buat macamne kan?

Pastu aku baca, 'Tolong dapatkan Ronaldo - Fergie". Ini masuk sukan lak.. *dah macam blog informasi dah aku ni...haha.. ada kawan aku cakap, Ronaldo and Fergie ni something sebenarnya. Something macamne..aku pun tak tahu. Aku rasa Ronaldo memang nak masuk MU balik sebab populariti yang dikecapi bersama Real tidak semegah MU. Boleh macamtu? hahahha.. takde la... memang Ronaldo pandai bermain bola pun. 

Aku tau. Semalam aku call dia tanya fasal hal ni la.. aku tanya 

"Memang you nak balik ke MU ke? Kenapa ek?"

Ronaldo jawab  

"A'ah.. memang I nak balik MU sebab I duduk sini tak se-best I duduk MU, kalau duduk MU best. Memang lah gaji I tinggi kat sini tapi sedangkan minyak lagi ditatang... inikan pulak MU yang menjadi titik tolak career I"

Itu je la yang boleh aku bawakan, lebih2 kena bayar. Pandaikan Ronaldo bersimpulan bahasa cakap Melayu lak tu kan? *ada ke yang marah aku ni nanti? kalau marah, sila baca disclaimer. Harap maklum okay? Apa-apa pun, nantikan perpindahan Ronaldo yang sudah pasti menjadi buah mulut orang sukan sekarang. aku yang tak tau sukan ni pun bercakap bagaikan bertih jagung fasal sukan. :)

Ini je la yang sempat aku tulis/bawakan, banyak lagi..tapi nak ulas satu demi satu tu bukan senang weh.. nak-nak pulak mengulas menggunakan perkatanaan aku sendiri yang memang sesungguhnya kasual ni. Hahaha.. memang sengal. Dah la.. aku nak mandi pulak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Ronaldo pakai hp C3 je...hahahha

No comments:

Post a Comment