Nuffnang Ads

Tuesday, September 11, 2012

Dari Kahwin Ke Politik!

Salam Tengahari semua..

Semua tahu hari ini hari Selasa kan? 11-9-2012 dan dah tinggal 10 hari je lagi untuk sepupu aku kahwin. Hihu~~nervous~~ semua ada... iya la... sepupu aku ni adalah orang yang ketiga kahwin selepas kakak2 aku. Kiranya, masih excited lagi la..hahaha..boleh cmtu?

Okay, bila kita bercakap fasal trafik kan, kalau anda bukan blogger, memang terfikir yang kat jalanraya lah kan? yang trafik di jalanraya yang laju kemain tu kan? Maaf, kalau dalan dunia blogger pulak, trafik adalah kekerapan page/entry dilihat. Ha.. cmtula lebih kurang, semakin banyak kali entry diclick dan dilihat.. semakin tinggi peluang untuk glamour. Boleh camtu? hahaha.. takde la.. sama je semua.. motivasi tu penting sebenarnya dalam buat sesuatu. Pada aku, dalam berblog ni, kita kena ikhlas dan tulis atas dasar ingin menjadi lebih baik. Iya la, kalau dok buat cerita saja, susah kan? Kalau buat cerita sebab nak menjadi lebih baik, takpe, ini tidak, menulis sebab nak memburuk-burukan orang lain. Weh.. pikir dulu la kan? 

Baiklah, blogger ni sebenarnya macam wartawan jugak. Sebab apa aku cakap macamtu, sebab, apa yang blogger tulis kadang-kadang macam wartawan cuma wartawan CARI cerita dan blogger AMIK cerita. Ha.. boleh kalau aku cakap macamtu? Aku tak nafikan, aku pun ada jugak amik cerita dari surat khabar, majalah, tv, radio sebab apa? Kepelbagaian sumber boleh memastikan bahawa sumber kita tu betul ataupun tidak. Kadang-kadang, kalau kita nak percaya hanya kepada satu sumber sahaja adalah bukan satu jalan yang baik kan? Satu sumber akan membuatkan kita jadi terlalu percaya dan tidak ada alternatif untuk membezakan akan sesuatu cerita itu dengan sumber lain. Sebagai contoh, aku amik dari sudut politik eh, aku tak pandai sangat politik ni, tapi sikit2 boleh la. Bayangkan menjadi seorang wartawan ataupun orang biasa yang cuba menjadi berkecuali dalam isu-isu 'sensitif' ini. Contohnya, Parti BN yang mungkin mempunyai masalah dengan parti pembangkang dan masing-masing cuba menjatuhkan kredibiliti masing-masing dengan cuba mengaitkan pelbagai cerita buruk yang mampu menjatuhkan parti masing-masing. Jadinya, mungkin, kepada pihak yang berpihak kepada sesuatu parti itu akan cuba mempertahankan sesebuah parti namun tanpa ada usul periksa. Ibarat kata, membabi-buta. Tetapi, apa kata, setiap orang dalam sesebuah parti tersebut, cuba mencari jalan untuk melihat dimana keburukan yang mungkin boleh dijalankan penambahbaikan, so, at least, kebenaran boleh dirungkai dan penilaian dapat dibuat untuk memilih siapa yang lebih berhak. Kan?

Mungkin suara aku ni tak dipandang, tetapi ada kebenaran yang aku tulis ini. Aku boleh mengundi, apa yang aku boleh katakan, UNDI AKU ADALAH RAHSIA. Aku takkn bagitahu siapa yang aku undi. PAS,UMNO,BN, PKR atau parti-parti lain yang ada di Malaysia ni, aku takkan beritahu siapa yang aku undi. Tapi apa yang aku boleh katakan adalah, undi aku adalah untuk mereka yang layak. Yup, aku tetap akan menjalankan tanggungjawab aku sebagai pengundi kan?

Well, I need to go Raub for a few things kejap. So, later okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Masih sakit tekak.

No comments:

Post a Comment