Nuffnang Ads

Wednesday, September 12, 2012

'Guru besar didakwa halang murid duduki UPSR'?

Hi all!!!

Hari ni hari ke dua kan budak Darjah Enam amik peperiksaan UPSR kan? Bagus2... semoga semua yang diidamkan menjadi satu kenyataan, selalunya budak-budak akan berazam untuk mendapatkan semua A dalam semua subject kan? Bagus2.. itu yang kita mahukan, hasilkan ramai lagi budak-budak yang cerdik. Ank sedara aku, tahun depan baru ambil UPSR, insyaAllah, segalanya akan menjadi yang terbaik. Hehehe...


Eh! dalam sibuk-sibuk budak-budak tahun 6 amik UPSR, terkejut aku dengan satu berita yang memang mengejutkan ini. Kalau korang ada Utusan Malaysia, sila buka page 5 dan baca yang bawah sekali dengan tajuk "Guru Besar didakwa halang murid duduki UPSR". Bapa mendakwa guru besar tersebut mengatakan kehadiran Muhammad Faiz ke sekolah akan hanya 'menjejaskan reputasi dan imej' sekolahnya. Bapa, Mahadzir Mokhtar, 42 tahun, dia amat kecewa dengan kenyataan guru besar tersebut dan dia sudah membuat laporan polis dan mengadukan kepada PPD Hulu Selangor.

Hebat kan kuasa guru besar tersebut? Kadang-kadang aku pun pelik, kerana menjaga imej sekolah, kerana hendak bersaing dengan sekolah-sekolah di sesebuah negeri, kononnya hendak mendapat 100 peratus lulus, sanggup membiarkan rezeki budak seperti Muhammad Faiz ditutup. Kita tak tahu rezeki budak-budak. Janganlah dek kerana dia tidak mampu mengira, kita terus cop dia seorang budak yang 'bodoh' sampai tidak membenarkan mengambil UPSR. Itu sudah melampau. Cuba kalau anak atau cucu guru besar tersebut tidak dibenarkan mengambil UPSR? Apa katanya? Percaya pada Qada' dan Qadar Allah? Mungkin suatu hari nanti perbuatan mereka akan dibalas juga. Kan?

Tapi apa-apa pun, aku mendengar dari satu pihak, pihak Bapa Muhamad Faiz dan ia dari kenyataannya dalam Utusan Malaysia dan aku amat ingin mendengar kenyataan balas dari Guru Besar terbabit, apakah mungkin alasannya. Hurrmmm.. biarlah surat khabar ni buat kerja sikit eh? Cari kenyataan dari kedua-dua belah pihak, okay?

"Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi", memang sangat bersesuaian dengan semua media (elektronik, cetak, program tv, radio dan sebagainya) pada zaman sekarang ini. Kan? Thanks Melodi.

Assalamualaikum WBT

p/s: Besar betul kuasa guru besar tu kan?

2 comments:

  1. Akmal,
    Dalam kita membaca sesuatu berita, mata kita mesti tajam dalam melihat kebenaran sesuatu perkara. Orang ada beritahu, sekeping gambar menceritakan seribu makna. Perasan tak....naper ayah dia membawa anak yang dihalang amek UPSR tapi anak pakai baju sekolah agama dan naper ya sekolah punya besar, hanya satu kereta sahaja yang ada dalam gambar tu....cikgu2 pi maner ya...

    ReplyDelete
  2. Arain : Thanks sebab komen, urmm.... apa kaitannya kereta sikit banyak ye? maaflah tanya... mungkin dia datang lewat dan tak daftar... mungkin.. itu semua kemungkinan.. tapi apa2 pun..dengar khabarnya berita ini sudah selesai..UPSR pn dah tamat..kan?

    ReplyDelete