Nuffnang Ads

Thursday, September 6, 2012

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia di Bentong, Pahang.

HEBAHAN MAKLUMAT!!!

Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia 
( 1 Malaysia Broadband Carnival )

Dengan menggunakan tagline "Hidup Lebih Mudah Dengan Jalur Lebar", Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama beberapa lagi agenis kerajaan, syarikat komunikasi dan stesen televisyen akan mengadakan Karnival Jalur Lebar 1 Malaysia yang akan bertempat di Padang Dataran Bentong, Pahang. Bermula pada 8 - 9 September 2012. Pelbagai aktiviti akan diadakan bersempena karnival ini antaranya adalah, permainan konsol dan cabaran permainan atas talian, berhibur bersama artis ASTRO dan TM, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna dan melukis, animasi mania, Roda Impian SKMM dan banyak lagi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini. Acara bermula seawal 10 pagi.

Terpanggil aku untuk membuat hebahan ikhlas ini. 

Assalamualaikum WBT

p/s: sekali sekala buat amal kan?
p/s: aku nak letak banner hajatnya.. malangnya berat sangat..so.. tak jadi la.

No comments:

Post a Comment