Nuffnang Ads

Sunday, September 9, 2012

KehilanganKu Bukanlah Satu Kehilangan! :)

Assalamualaikum WBT,

Salam suci dipermulaan bicara.. bukan sebab aku pergi memondok ni salam digunakan.. aku saja guna, at least aku tulis dapat pahala, yang membaca pun dapat pahala. Tak gitu?

Kehilangan aku dua tiga hari telah menghuru-harakan dunia blogger kerana kehilangan seorang blogger berbakat. *Ya Allah.. perasannya... rasa nak lempang2 je diri sendiri ni... baiklah, dua tiga hari ni, aku tak update anything kan? Sebab apa? Sebab aku pergi beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur. Ha? Makan angin? Takde la.. apa gila nak makan angin, kembung perut aku nanti. 

Sebenarnya, aku telah pergi menolong sepupu aku dari RATIO DESIGN (click here to see more), aku dapat banya pengalaman. Seriously. I love it. Aku dapat gubah bunga *hasil tunjuk ajar Along jugak, untuk sebuah pertunangan di Petaling Jaya. Aku gubah bunga je lah, the items tu, Along yang buat.. hehehe..  Itu untuk hari petang tadi, hari aku sebenarnya bermula pada hari Jumaat. Pukul 4 petang aku sampai di Pekeliling, KL lah kan.. then my cousin fetched me at that bus station. Then, kitaorang pun cari la barang (bunga-bungaan, kerusi di SSF, IKEA dan banyak lagi places la). Memang pack giler nak mampus.. but one thing I learned from him would be jangan putus asa, there will be always ways (plural tu). Iya la, dalam bekerja ni, macam dugaan datang. Fuuhh~~ Sambung balik cerita tadi, tadi tu sesi petang, untuk sesi malam, kami berada di Dewan Seri Siantan, Putrajaya for the whole night. Memang, aku siapkan hiasan meja makan, buat kerja here and there, pastu my cousin buat centre piece, entrance, banyak lah yang lain. Then about 2 A.M. cmtu, my cousin's fiance yang tak berapa lama lagi nak bernikah datang and tolong kitaorang, Mas Angelina and her friend, Pali. Buat kerja memang tak hiengat la.. tengok2 jam, dah pukul 5 A.M. and tadi kol 4 A.M., Mas and Pali dah went back to Seremban da. Then tinggal lah I dengan cousin I, Along, we struggle la sikit nak finish kan semua.. but alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan dalam kereta I tidur, tinggalkan Along drive sensorang, *kejam betul. I dah memang tak ley nak buka mata da... mengantuk tersangat-sangat !! hahaha.. sorry Along... then, kitaorang berhenti kat R&R Seremban untuk tidur. Dapatlah dalam 1 jam rehat kat situ. Alhamdulillah. 

Selesai rehat, kitaorang balik ke Seremban untuk bersiap-siap sekejap. Then, tunggu Angah from Bentong, amik barang semua, pergi ke Putrajaya balik untuk set up mini pelamin. Letak-letak, set up semua, sekejap je siap! hahaha.. hebat tak? Gambar? alar.. tak ley nak post.. ada sebab-sebab tertentu, takpe.. korang pergi la kat link yang aku bagi tadi tu, dia ada contact number kat situ.. via email, via phone pun boleh kan? Sekarang kan internet di hujung jadi anda... hehehe..

Then, setelah selesai semuanya dalam pukul 4 P.M. kami pun ke Putrajaya untuk pack semua barang balik dan head to Seremban dan letakkan barang kat situ. Things went well. Alhamdulillah. Sekarang? Sekarang aku kat mana? Mungkin aku sudah berada di Paris dalam tidur aku. Aku tak mendapat tidur yang cukup la nak dikatakan, tapi aku mendapat pengalaman yang berharga. Kiranya aku trend in la.. masa tidur dengan pengalaman. Alhamdulillah. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, hari Rabu ni ada lagi. InsyaAllah, aku akan pergi tolong. 

Wow.. banyak nak kena digest kan? Chicken Chop Sizzling dari Orked Kopitiam, Seremban pun masuk didigest dalam perut aku yang comel ni... but tadi my cousin ate Mee Hoon Tomyam Rambo... kenapa Rambo? Sebab yang masak tu Rambo, tukang masaknya.. dia masak Tomyam tadi memang gempak habis... memang sedap! aku suka.. siap beli bawak balik bungkus. Kalau korang berkesempatan berkunjung ke Seremban, Port Dickson or area-area tu, singgahlah ke Orked Kopitiam, sebuah kedai yang mampu memuaskan nafsu makan anda! ya! memang sedap.. try la eh nanti.

Dah la. nak tidur la.. mengantuk sangat.

Assalamualaikum WBT

p/s: lewat aku bangun esok ni.

No comments:

Post a Comment