Nuffnang Ads

Sunday, September 2, 2012

Lambakan Artis Luar Pendekkan Rezeki Artis Malaysia?

Selamat pagi semua...

Mesti korang semua dah baca surat khabar kan? Tertarik aku untuk memberi komen fasal Zed Zaidi mengusulkan untuk mengetatkan piawaian untuk kemasukan artis-artis luar sebagai mana  pihak luar membuatnya untuk artis-artis Malaysia.

Jika nak dilihatkan kepada bakat pelbagai artis luar yang dibawa masuk, tidak dinafikan ramai yang lebih berbakat daripada artis Malaysia sendiri. Tapi sebenarnya, tak ramai pun artis luar yang mampu mencipta nama di Malaysia ini. Artis Malaysia lebih ramai dari artis luar sebenarnya, cuma apa yang membuatkan artis luar ini stand-out daripada artis Malaysia adalah publisiti yang diberikan pelbagai surat khabar, blog yang ditulis oleh penulis-penulis artikel. Bukan hendak menyalahkah sesiapa cuma kadang-kadang Zed Zaidi sendiri tiada kuasa untuk menghalang orang perseorangan untuk menulis fasal artis-artis luar. Contohnya, kalau aku tulis fasal Aaron Aziz tentang persembahan yang diberikan dalam Ombak Rindu. Aku puji dia bagus, bijak dalam mengekspresikan emosi semua, takkan pihak berwajib nak memadam tulisan aku kan? Itu adalah tindakan yang tidak professional. Ini contoh sahaja, tapi kalau benda sebegini terjadi, ia mungkin akan menjadi sesuatu yang mampu mencetuskan huru-hara. Huru-hara dalam industri seni Malaysia yang sudah memang huru-hara dek kontroversi artis-artis yang tidak putus-putus. Aku secara jujurnya, agak bosan dengan pelbagai kontroversi artis yang diterbitkan. Iya, mungkin ia ada menggunakan kontroversi untuk menaikkan 'saham' masing-masing, tetapi dalam dunia dimana peminat-peminat, potential fans yang mampu berfikir secara kreatif. Ada juga yang masih meminati artis kesayangan mereka dengan mempertahankan perbuatan artis mereka tetapi ada juga yang tidak suka akan perbuatan artis-artis ini. But, they have a long way to gain back the trust after mistakes were done. I do believe in that.

Berbalik kepada 'lambakan' artis luar *kononnya. Aku sejujurnya tidak terlalu memandang akan 'lambakan' yang dikatakan ini tetapi jikalau seseorang artis itu berbakat besar, kenapa harus kita sisihkan mereka? Mungkin aku boleh bercakap begini sebab aku bukan artis dan mereka yang terlibat dalam perkara ini, tetapi sebagai pemerhati awam industri seni Malaysia, tugas ini amat penting kerana tanpa peminat, mananya artis di Malaysia ni nak hidupkan? Susah dik, kalau orang tak minat, macamne you nak jadi faktor tambahan untuk pengarah ambil you sebagai pelakon kan? nak buat jadi lead? Lagi la payah...

Kita di dunia ini ada peranan hidup masing-masing. Hidup ini pendek, dan hidup artis juga pendek. Janganlah nak berdengki-dengki dan hiduplah aman harmoni. BTW, ada je artis luar yang diberikan kerakyatan, so, why you bother kan? 

Macam penulis blog juga, tanpa pembaca penulis blog akan menjadi penulis yang syok sendiri. Hehe.. so, jangan hanya kita menulis, kita juga perlu membaca entry orang lain, Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: tengah tengok Hellboy.

2 comments:

  1. setiap manusia ada rezeki masing masing.

    ReplyDelete
  2. Yuyu: Iya la.. memang ia rezeki masing-masing.

    ReplyDelete