Nuffnang Ads

Tuesday, September 4, 2012

Mengantuk sebab Makan Ubat Batuk.

Alhamdulillah,

syukur kepaa Ilahi dengan limpah kurnia-Nya aku dapat lagi bernafas pada hari ini. Ramai yang tak dapat nak bernafas pada hari ini kan? Allah lebih sayangkan mereka. Itu namanya rezeki, Allah nak uji kita sebenarnya. 

Okay, baiklah, alhamdulillah, tadi aku dipanggil ke sebuah pasaraya dekat sini dan mereka ingin aku bekerja di situ. Malu? Tidak, aku tak malu. Sejujurnya aku cakap kat orang yang panggil aku tadi, "Saya berkerja di sini untuk mencari pengalaman dan saya akan bekerja dengan sebaik mungkin" *aku senyum all the way tadi during the interview. 

Bila kita bercakap fasal interview, ada sesetengah orang takut, nervous, segan dan aku akui aku jugak mengalami masalah yang sama. Tadi tu, adalah pengalaman aku diinterview untuk pertama kalinya. Alhamdulillah, walaupun ia tidak formal, aku telah buat sebaik mungkin. Dan tadi, aku telefon satu pusat tuition ni, dan dari apa yang aku dengar, aku kena bawak semua sijil bagai dan diorang nak interview aku untuk position guru tuition tu. Aku nak mengajar Bahasa Inggeris. Hehehe. I would love to teach kids. Dan esok juga, aku akan menolong sepupu aku buat Event Management kat Jalan TAR Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kalau Allah nak bagi rezeki tu, tetap ada. InsyaAllah, tak kemana rezeki kalau sudah dijanjikan-Nya. 

Baiklah, maaf sebab tak update untuk beberapa hari ni, aku sakit kaki. *bukan tulis guna jari kaki pun kan ? haha.. takde la.. malas sebenarnya menulis sebab kadang-kadang bukan ada apa pun yang nak ditulis. Tetiba blank so, page pun blank la. Takkan aku nak tulis fasal lantai kan? Tak logik. hahaha..

Eh! tetiba lak nak menulis ni, korang ada tak baca surat khabar semalam dan hari ni? Mesti ada kan? Peminat sukan mesti baca yang perkembangan sukan tanahair kan? Pemain Terengganu, Pingat perak dari atlet Paralimpik Malaysia kan? RVP kan? Mesti la.. korang mesti tau punya, aku pun tahu jugak tapi aku memilih untuk membaca surat khabar daripada melihat television. Susah, mengantuk. Beli je surat khabar, terus belek muka surat akhir kan? Sebab nak baca ruangan sukan kan? MEsti lah, jangan nak tipu .. Sebab apa? sebab, kalau buka ruangan depan, headline semua, mesti terlihat akan cuaca politik negara yang semakin meruncing kan? 

Aku bukan tak suka, tapi takde lah macam aku suka nyanyian Datuk Siti Nurhaliza kan, sukanya. Takde la macamtu sukanya kan? Nyanyian Datuk Siti Nurhaliza lebih baik daripada politik Malaysia. Urm... malas la nak cakap bab politik ni... bosan.

Okay.. nak mandi dulu, then baru lah berfikir.

Assalamualaikum WBT

p/s: mandi!!

No comments:

Post a Comment