Nuffnang Ads

Monday, September 17, 2012

Selamat Hari Malaysia!

Petang semua....

Hari ni adalah hari cuti berganti bagi hari semalam kan? Korang tau tak semalam hari apa? Memang la semalam hari Ahad cuma hari semalam adalah hari yang istimewa. Lebih istimewa daripada hari biasa-biasa sebab apa? Sebab, hari semalam adalah Hari Malaysia dimana ia disambut bagi memperingati kesatuan Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Hebat bukan? Dulu Indonesia nak amik Sabah Sarawak tapi tidak jadi sebab Malaysia isytihar dulu dah. Dan ada sebuah pulau di Sabah yang diberi nama Pulau Sebatik yang mana, separuhnya Sabah dan sebahagian besarnya milik Indonesia. Hebat bukan? Aku kagum. 

Bukan apa, walaupun kita jauh kan? Sabah Sarawak nun di Borneo sana tapi kita tetap dalam Malaysia cuma jarak membezakan kita semua. Tidak mustahil suatu hari nanti, kita ada keretapi laju yang menghubungkan Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia kan? Memang semua itu tak mustahil cuma memang mustahil lah dengan ekonomi sekarang ni, Banyak kerajaan nak buat pelaburan mungkin 50 tahun akan datang.. kan? Kemungkinan itu mungkin la kan?

Apa-apa pun, I am going back to my home tomorrow. Hehehe... aku pun dah mencuba, dan mungkin takde rezeki aku kat sini, but apa-apa pun , aku akan terus mencuba di tempat lain pulak. InsyaAllah, selepas sepupu aku ni kahwin, aku akan cuba berhijrah kemana-mana ke kan?InsyaAllah,,.. insyaAllah... Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang berusaha, InsyaAllah. Selagi mana aku ta sakit, aku akan mencuba lagi kan? InsyaAllah.. amin.

Eh? korang pulak, buat apa waktu-waktu senggang ni? Makan? eh, jangan lah makan, diet2.. nanti tak muat pakaian korang... takpe la... makan pun boleh tapi jangan makan banyak, takut nanti payah lak kan? maka ikut portion yang sikit, ibarat kata, sikit demi sikit, lama-lama jadi kenyang..hhhaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: perut aku pun dah kenyang ni. 

No comments:

Post a Comment