Nuffnang Ads

Monday, September 3, 2012

Suami Isteri Saling Melengkapi.

Pagi semua...

Mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian adalah salah satu perkara yang amat boleh dibanggakan. Ini kerana, tak semua orang boleh membuat apa yang kita buat dan kadang-kadang juga, kita tak boleh apa yang orang lain buat. Itu mungkin boleh memotivasikan kita untuk lebih berusaha belajar cara-cara untuk menguasai kemahiran tersebut. 

Macam aku, aku, Alhamdulillah, pandai memasak, melipat kain baju, mop lantai, ibarat kata apa yang orang wanita buat aku boleh buat. Aku juga pandai membuat apa yang kaum lelaki buat, contoh, bercucuk tanam (lelaki ke?) haha.. dah pelbagai lagi la.Bukanlah niat aku untuk berbangga diri cuma, kemahiran-kemahiran ini boleh dijadikan nilai tambahan dalam diri kita masing-masing. Contoh, kalau aku kahwin nanti, aku pandai masak dan isteri pandai masak, boleh ke dapur sama-sama dan meluangkan aktiviti bersama di dapur kan? Dan kalau pandai bercucuk tanam pulak, boleh sama-sama bercucuk tanam dan meluangkan masa bersama. Kan? Banyak sebenarnya perkara yang boleh dilakukan bersama sebagai pasangan suami dan isteri, cuma kita perlu mencari aktiviti yang membolehkan pasangan tersebut minat untuk dilakukan bersama. 

Meluangkan masa berkualiti bersama tidak hanya akan mendatangkan manfaat dalam sesuatu hubungan kasih sayang tersebut tetapi ia dapat memupuk sifat kerjasama, hormat menghormati dan juga dapat mengenali antara satu sama lain. Perkahwinan adalah satu perhubungan yang suci yang mampu membuatkan kita, umat manusia menjadi seseorang yang lebih baik. InsyaAllah. Jujur aku cakap, aku masih belum bersedia untuk berkasih-kasihan ni but my friend said "Start looking but do not decide yet". Well, I will try to ..hahhaa..

Tapi apa-apa pun, hargailah peluang untuk bersama isteri/suami anda, bukan apa, kadang-kadang, bila ada di depan mata, tak rindu taip bila tiada di depan mata, mula lah mencari kan? Aku rasa, ia sememangnya sifat manusia. Kalau takde rindu, ada depan mata, buat2 tak nampak. Macamtu la. Hehee.. correct me if I'm wrong.

Okay lah semua.. aku ada hal esok ni.. InsyaAllah, berjumpa lagi kita nanti yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: I am going to LCCT to pick up my uncle and aunt.. sok pergi dengan cousins.

No comments:

Post a Comment