Nuffnang Ads

Sunday, September 2, 2012

"Wartawan... berhati-hatilah" - Fouziah Gous.

Selamat petang semua...

Apa khabar? Terbaca aku tadi satu artikel fasal Fouziah Gous yang memberikan komen fasal penulisan kematian bapanya. Kesian kan? sampai begitu sekali wartawan menginginkan berita hangat, BTW, seronok sangat ke buat cerita fasal orang mati? Petikan kata-kata Fouziah Gous dalam Pancaindera Edisi Ahad 02-09-2012, Eksklusif. 

" Saya tertanya-tanya kenapa wartawan itu tergesa-gesa untuk menulis berita kematian arwah sehingga membuat andaian sendiri dalam artikelnya. Berani menambah fakta yang tidak betul sehinggakan emosi saya kacau bilau. Kenapa tidak berhati-hati sebelum menulis sesuatu cerita, apa lagi yang melibatkan cerita kematian?"

Itu komen yang diberikan oleh Fouziah Gous kepada Pancaindera. Kesian juga melihatkan nasib yang kena kepada Fouziah Gous ni, ya lah, berita kematian bukanlah satu berita yang menyeronokkan kepada setiap manusia. Cuba wartawan itu letakkan diri dia dalam diri Fouziah Gous yang terkesan dengan apa yang ditulis oleh wartawan tersebut. Aku tak nak la tulis siapa wartawan tersebut sebab aku sendiri pun tidak tahu siapa wartawan yang menulisnya itu. 

So, kepada sesiapa yang cuba membuat cerita sebegini, cuba lah fikir dahulu akan kesan yang akan terkesan kepada sesiapa yang berkenaan. Kadang-kadang, pembuat cerita ini mempunyai imunisasi yang kuat sebab dia pereka cerita. Dia mempunyai pelbagai helah untuk membuat cerita. Tapi bila orang lain tahu akan apa cerita yang mereka buat, mereka tidak akan mempercayainya. Betul tak?

Lambat laun setiap kebenaran akan terbongkar. It is just the matter of time.

Assalamualaikum WBT

p/s: Thinking hard.

No comments:

Post a Comment