Nuffnang Ads

Wednesday, September 19, 2012

Wasiat Anak Dara di Astro Ria! Hahahaha...

Pagi!!!
 *masih pagi ok masa aku update blog ni...huahuahua...

Aku sekarang tengah tengok TV dan ceritanya adalah "Wasiat Anak Dara" yang disiarkan di Astro RIA. Ia mengisahkan 4 orang anak dara, anak Tok Ayah and Tok Mak, Acum, Ira, Ina dan Jiji yang perlu memenuhkan permintaan wasiat Tok Ayah mereka. Mereka perlu duduk di kampung dan melakukan kerja kampung namun hanya Jiji seorang yang mampu memenuhi permintaan tersebut sebab dia tinggal di kampung dan tahu bagaimana nak membuat semua kerja kampung tersebut. Namun bagi Ira, Ina dan Acum, perkara tersebut adalah perkara yang susah sebab mereka tinggal di bandar dan tidak biasa dengan perkara tersebut. Perkara itu adalah menoreh getah, membela ikan keli dan membela kambing. Hahaha.... dan cara mereka (Ina, Ira dan Acum) menerima permintaan tersebut memang bangang! hahaha.. sebab ia memang tah hape2 sebab mereka duduk kat kampung lama, masa kecil2.. then bila dah besar lupa diri apabila duduk di bandar. Tak pandai la... susah la.. busuk la.. apa la... tapi benda ni memang berlaku pun kepada remaja Malaysia dan dunia pun.

Contoh, kalau mak ayah dorang ada kebun getah, tapi dorang tak nak menoreh sebab busuk dan tak cool. *aku tak..aku pandai menoreh...hehehe.. kalau contoh luar negara, maybe mak ayah dorang kerja ladang, but then ada yang nak jadi penyanyi masuk American Idol, X-Factor, The Voice bagai... memang ramai pun...haha..tapi tu la.. nak ceritanya, mereka lebih rela jadi penyanyi..nak ubah nasib la..bukan tak nak kerja dengan keluarga kot.. nak ubah nasib lagipun dan kata sana ramai giler orang so, orang nak cari benda yang berbeza la.. apa lah berbeza jadi penyanyi kan?

Kalau kat China tu lagi la.. ramai giler orang, berbillion2 manusia kat sana..hehehe.. ramai sangat ke tu? tak kan? hahaha...

Apa-apa pun, aku tak berapa sihat sekarang ni, sakit tekak, pening dan batuk berkahak. Seyes, aku makan je ubat tapi tak tau kenapa ia tak berkesan dengan baik. Adoiyai.. pening kepala aku. Asyik sakit je, payah la macamne.. adoiyai..

Dah la.. aku nak rehat kejap sambil cari idea untuk tulis blog dan aku nak tulis 2 jam dari sekarang so, lebih kurang 2.20 pm karang lah. Tunggu eh korang?

Assalamualaikum WBT

p/s: bongok gak cerita Wasiat Anak Dara ni. hahaha

No comments:

Post a Comment