Nuffnang Ads

Wednesday, September 12, 2012

Your Clothes Reflects Who You Really Are.

Salam tengah malam,

korang buat apa tengah malam ni? mesti ada yang sedang makan kan? Iya laa.. mesti korang makan macam roti camtu kan? Ke ada yang makan nasi ? Nasi lemak? Nasi goreng? Mee goreng? Mee hoon sup? Apa-apa lah, korang makan je la apa yang korang nak makan...hhaha.. janji perut korang kenyang kan? Gitu? boleh? hehehe...

Aku tengok American Idol ni, tapi yang audition kat 8TV, yang berjaya memang aku salute la kan.. yang tak berjaya tu, ada yang menangis dan menjerit bagai sebab tak dapat. Aku nak kat bagus pun tak sampai hati kan? hahaha... biarlah... 

Eh! tadi aku dengar this dialogue "You appearance reflects who you want to be and reflects who you really are" Aku pun terfikir, apa yang dicakap itu pun betul jugak, adalah betulnya kan? Tapi I have nothing to be commented, memang takde... hahaha... aku pun pakai tak lah class sangat pun. fashionable? Jauh sekali..selalu aku je yang perasan..hahaha..

Whatever it is, we wear according to our body la kan? Takkan badan comel macam aku ni nak pakai macam model luar sana, Memang tak mungkin la kan? Kita harus sedar diri dan apa yang penting, pakai pakaian yang selesa sebab itu akan membantu kita menjadi lebih yakin. Betul tak apa yang aku cakapkan ni? Kalau nak pergi interview ke apa, cuba pakai pakaian yang melambangkan kita nak pergi interview. Long sleeves, slack, kasut kulit, itu memang normal la, memang normal untuk pergi interview, unless kalau you pergi ujibakat ke apa, kalau nyanyian, all the juror want to see your creativity dan your attraction dan kalau nak pergi ujibakat pembaca berita ke, mestilah korang kena pakai baju yang kemas dan kena ada tie, coat bagai-bagai kan? mesti punya la...

Tapi apa-apa pun, waktu kerja, fake it la kan, waktu tak kerja, pakai la apa yang korang nak, unless kalau berkerja dengan syarikat fashion or fashion magazine ke, kenalah pakai baju yang melambangkan korang berkerja dengan syarikat fashion tu, kalau tak, macamne nak yakinkan orang lain yang korang tu bekerja dalam syarikat fashion,kan?

Weh, mengantuk sangat dah mata aku ni, nak tidur.

Assalamualaikum WBT

p/s: Appearance aku biasa-biasa je.

No comments:

Post a Comment