Nuffnang Ads

Saturday, October 20, 2012

3 Quote Yang Buat Anda Berfikir.

Selamat Malam semua... *Dalam bahasa Inggeris takde selamat malam, adanya hanyalah Good Evening.. hehehe.. apa2 pun.. dapatlah kan tujuan aku tu kan? hehehe...

Okay, tadi aku pergi menghantar mak sedara aku pergi ke Hospital sebab dia mendapat strok kecil yang disebabkan oleh tekanan darah yang terlalu tinggi dan nasib baik pergi hospital cepat, lau tak, no one knows what would happen kan? 

Sementara aku berada di situ, aku tak buat apa-apa pun cuma aku berbaring di atas kerusi di hospital tu, siap nyanyi lagi, punya la bosan kan? lepas periksa bagai, takde apa-apa. Alhamdulillah dan mak cik aku tidak dimasukkan ke dalam ward lah. Alhamdulillah.

Cuma tadi aku balik, aku dapat beberapa inspirasi untuk menulis blog malam ni. Hayati tiga quote ini.

1. "Orang kerajaan tu memang suka bagi kat orang-orang dorang, payah sangat ke nak bagitau kita kat kampung ni?"

2. "Kita ni kerja bukan nak kaya, kita kerja nak senang je, sebab kalau nak kaya, susah dik"

3. "Kita berniaga kedai makan ni adik, kita kena buat sedap-sedap dan apa yang kita suka makan, itulah yang akan kita masak dan bagi orang makan"

Apa pandangan korang? 

Untuk yang pertama "Orang kerajaan tu memang suka bagi kat orang-orang dorang, payah sangat ke nak bagitau kita kat kampung ni?" tu memang lah, sudah jelas lagi bersuluh kan? Memang ia untuk kerajaan sekarang. Bukan apa, cuma tadi mak cik2 aku cakap fasal 1 Azam yang duk sibuk sekarang ni. 1 Azam kat sini, 1 Azam kat situ. Aku secara jujurnya, memang gembira dengan hal yang dilakukan oleh kerajaan ini, dengan memberikan bantuan perniagaan kepada masyarakat yang ingin berniaga kan? bagus, aku suka CUMA! sedikit yang aku kesal, terdengar cakap2 *yang mungkin benar, ada sesetengah penduduk kampung yang ingin membangunkan diri TERTINGGAL disebabkan KETIDAKCAKNAAN sesetengah pihak. Aku tidak menyalahkan sesiapa, cuma dengan adanya isu ini, harapan aku, tidak ada lagi perkara sedemikian berlaku. Setahu aku, selalunya, mungkin setiap kampung ada kuoata yang telah dipersetujui oleh orang atasan, pemimpin. Iyalah, setiap daripada kami faham akan kemampuan kerajaan, takkanlah nak bagi semua kan? takkan nak bagi semua penduduk dalam Malaysia semua bantuan 1 Azam tu, CUMA, janganlah tinggalkan penduduk yang mungkin berharap dengan bantuan ini. Kalau tak dapat semua, mungkin 3-5 permohonan dapat ditunaikan oleh kerajaan. Jangan cuai.

Ayat yang kedua, "Kita ni kerja bukan nak kaya, kita kerja nak senang je, sebab kalau nak kaya, susah dik" Terkesan jugak la apa yang dikatakan oleh mak cik ni. Mak cik ada kedai makan dan alhamdulillah, aku tengok dia senang lah, senang hati bagi orang makan makanan yang best2. *maaf, mak cik ni bukan mak cik aku, cuma kenalan kami sebab selalu makan kat kedai dia. Hehehe.. Mungkin pada sesetengah orang, mesti la kita kerja nak kaya kan tapi apa yang mak cik ni cakap, membuatkan aku tersedar, kerja untuk senang bukan untuk kaya. Kaya memang lah banyak duit, tapi banyak duit sangat pun, susah nak tidur malam kan? sentiasa berjaga2, tapi kalau memang kaya, mesti upah guard kan? hehehe.. berbalik kepada tajuk kecil tu tadi, kelau senang, maksudnya makan pakai ada. Rumah ada, kerja ada, hidup tak berhutang, itu mungkin definisi senang bagi mak cik tadi tu kan? aku tak tanyalah pulak mak cik tu tadi. Cuma, dia nampak optimistik je dan dia memang suka bercakap. Cayalah mak cik! btw, aku makan sup kaki lembu dan nasi goreng ikan masin tadi. :p

Ayat yang ketiga "Kita berniaga kedai makan ni adik, kita kena buat sedap-sedap dan apa yang kita suka makan, itulah yang akan kita masak dan bagi orang makan". Ini pun sebenarnya daripada mulut mak cik tu, hihu. Memandangkan dia suka bercakap maka dia memang banyak la fakta dan auta yang keluar. Aku amik fakta je, auta tu aku tinggalkan. :) Apa yang mak cik tu cakap sebenarnya memang benar. Nak buat makan untuk dijual, buatlah dengan baik dan sesedap mungkin. Tapi janganlah untuk kali pertama je buat sesedap then orang dah ramai datang, pastu buat ala kadar je. Susah camtu weh, kena konsisten bukankah dalam agama kena buat semuanya secara konsisten, kan?

Wah, banyak pulak aku terbebel untuk post ini. Sorry lah eh, tak sengaja, niat nak berkongsi, Sudi-sudikan lah membaca coretan aku ini yer?

Assalamualaikum WBT

p/s: Listening to Maroon 5 - One More Night and Rihanna - Diamonds (love these two songs very damn much, if you have time, try to look for these songs, very catchy and love it very much!!)

No comments:

Post a Comment