Nuffnang Ads

Friday, October 19, 2012

Aktiviti Aku Selama Di Rumah.

Selamat Pagi Malaysia!!!

Apa khabar? Ke udara lagi aku untuk ke sekian kalinya... as mentioned last night, I have got many things to share with you all readers and followers. Not too fancy about that right but sharing is incredibly great actually so, I have decided to share all my experiences here. Hehe..

Okay, being home is good actually. Home is where our heart is right? Kalau tidak, masakan ada saying in English, Home Sweet Home. Apa-apa pun yang berlaku, rumah kita adalah rumah kita, dan dalam budaya Melayu pulak, Rumahku Syurgaku. Kan? Semua itu berkaitan dengan rumah/home. Tapi ini hanyalah intro untuk apa yang aku nak cerita.

Baliknya aku dirumah merupakan pengalaman yang best *macamlah aku ni duduk jauh kan? hahaha.. Seolah2.. hahahaha.. aku balik kerumah, aku memasak macam MasterChef Malaysia da, aku mempertajamkan skill memasak aku. Alhamdulillah, aku masak ringkas tapi sedap. *puji diri sendiri.. hahaha.. skill2 ni sebenarnya aku kutip sementara berada di rumah mak sedara aku kat Bentong aritu, iyalah, dia masaka cepat dan sedap, so, aku adapt apa yang aku tengok dan belajar ke dalam rumah aku, generally and ke dalam diri aku, specifically lah. Aku masak Nasi Ayam, Sotong masak sambal, singsang ikan tongkol, gulai masam tempoyak ikan patin, sambal buah getah, sambal buah perah, sotong dalam tin masak sambal, telur dada bermayonese, dan banyak lagi. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab ada guru-guru yang memang suka memasak dan suka makan. Aku suka makan. Hehehe... Berbalik kepada MasterChef Malaysia Musim ke 2, aritu aku tengok sekejap, then apa yang mengejutkan aku, dalam satu Ujian Masakan kot, yang diorang kena teka2 bijian tu kan, ada yang tak kenal biji soya putih dengan biji sagu besar. I'm like, hello, what is the point of participating in MasterChef Malaysia 2, dan aku compare kan dengan MasterChef US kat StarWorld tu, jauh beza dek non. Jauh sangat! Sangat2 jauh. Yang aku paling kagum dengan salah seorang pesertanya, Christine yang for the past 10 years she lost her sight, gradually. Kesian kan? tapi she made a lot of amazing things on MasterChef US. I am so really impressed by her ability to make such things. Go Christine! 

Itu bab masakan, lepas masak, aku duduk je selalunya, then, petang sikit aku mula potong baju. Sepanjang aku ingat lah, aku dah buat 2 baju Melayu Teluk Belanga, 1 baju kurung untuk mak aku, satu seluar baju Melayu, satu blouse. Not bad for a beginner eyh? Alhamdulillah, aku pandai memotong baju dan menjahit ini adalah kurniaan Allah SWT, aku nak kongsi tak dapat, takkan nak bagi sikit sorang bakat aku kan? hahaha.. tapi kalau ikut kehendak aku, nak je aku amik kelas menjahit tapi huhuhu... *biarlah aku je yang tahu sebabnya... Aku memang takde formal education on sewing ke potong kain ke, aku belajar sendiri. Aku tengok bebaju dalam surat khabar ke, buku ke, fashion mag ke, aku cuba fikir dan lukis balik then aku dapat the clear picture about garment lah. Alhamdulillah... bukan nak riak atau bangga, cuma sekadar berkongsi, kat mana lagi nak berkongsi selain kat blog ni kan? hehehe... Itu pulak bab menjahit, hehehe...dan untuk Hari Raya Qurban ni, aku da siapkan baju aku, warna hijau lagi. Hehehe...

Kat rumah pun aku ada jugak belajar and refresh on English language. I usually buy English newspapers and recently, I bought a English Grammar Book, just to refresh my memories on English language. Kalau aku tak buat macamtu, aku takut aku lupa about English language. Payah lak nanti kan, hehehe... berhabuk/bersawang pulak English aku nanti...

Then aku ada jugak berkebun dekat depan rumah aku, banyak jugaklah hasilnya.. tapi takde la aku komersialkan pertanian aku, hehehe.. aritu aku tanam sawi, bendi. Bendi tu pun dah di hujung-hujung nyawa dah, buahnya dah tak elok dah. Kami kena harverst bendi tu tiap-tiap hari sebab ia memang berbuah tiap-tiap hari. Hehehe.. ada jugak aku tanam kangkung, kacang botol, dan di dalam kacang botol tu mak aku dengan hebatnya menanam bunga keembung ala bunga inai pancur tu. Hebat tak? hahahah.. so, sekarang, bunga tu bercampur molek dengan kangkung dan sayur-sayuran lain. Alhamdulillah...

Eh, terbanyak sangat pulak aku berkongsi ini kan? tak banyak sangat ke? adoiyai.. hehehe..dah lah eyh? Kerja? mesti ada yang tanya kan? Rezeki masih takde lagi, aku ada jugak isi pelbagai related areas jawatan kosong cuma mungkin aku masih takde rezeki. Kalau nak bercakap fasal rezeki ni memang luas, macam-macam jenis rezeki dan baik buruk itu semua rezeki dan rezeki itu jugalah ujian Allah untuk hambanya, kan? Hehehe... *macam ustaz lah aku ni.. hehe

Dah lah, takut nanti korang bosan pulak baca tulisan aku ni yang tak seberapa ni. Hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: maaf takde gambar.

No comments:

Post a Comment