Nuffnang Ads

Tuesday, October 30, 2012

Dia, Wanita Itu.

Selamat Malam...

Apa khabar? Pembaca-pembaca ku yang setia menanti coretan hidup aku di atas layar nota maya ini. *wah.. penuh puitis. Aku beberapa hari lepas ada hantar coretan puisi ke buku Wanita, hehe,, tajuk puisi tersebut adalah Dia, Wanita itu. Best puisi tu, insyaAllah, mungkin akan di publish.. *jenis tak sedar diri, ramai lagi orang lain yang lebih berbakat, namun, apa2 pun, aku nak tunjuk jugak kat sini. Puisi ni aku suka, suka sangat, aku buat puisi ni dalam masa beberapa minit je, tapi ia cukup menceritakan kesemuanya. Alhamdulillah. ini dia. lihatlah..


Dia, wanita itu
Mengandungkan, melahirkan

Dia, wanita itu
Menghayun buaian

Dia, wanita itu
Menyayangi, mengasihi

Dia, wanita itu
Membelai, menaungi

Dia, wanita itu
Menggembirakan, kegirangan

Dia, wanita itu
Membesarkan, tanpa keluhan

Dia, wanita itu
Akan ditangisi pemergian

Dia, wanita itu
Aminah binti Ishak
Ibu ku, yang tercinta.


Ni puisi yang aku buat untuk Mak aku. Hehe dan aku dah hantarkan ke majalah Wanita. Hehe.. InsyaAllah.. amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: terkenyang pulak, makan banyak.

No comments:

Post a Comment