Nuffnang Ads

Thursday, October 25, 2012

Kalau lah aku dapat pergi ke masa lampau...

Salam Aidil Adha dan Selamat Hari Raya.

Semua mesti pernah terfikir kan "Kalau lah aku dapat pergi ke masa lampau, aku akan...." mesti kan? Mesti pernah terfikir akan perkara ini. Mungkin ini perkar yang simple tapi sebenarnya jikalau kita dapat pergi ke masa lampau, banyak perkara yang mungkin kita boleh ubah. Namun, ia bagai mengubah takdir Allah SWT kan? namun, memang banyak perkara yang kita boleh ubah. Memang banyak, kan?

Tapi apakan daya, sejauh mana pun ciptaan manusia, tidak akan dapat menandingi ciptaan Allah SWT. So, memang tidak akan ada mesin waktu yang membolehkan kita pergi ke masa lampau MELAINKAN dalam mimpi. Jikalau kita memang ingin dan memang berhasrat untuk pergi ke masa lampau, insyaAllah, kita akan dapat pergi ke masa lampau, cuma, mungkin apa yang kita akan mimpikan itu adalah berbeza dengan apa yang kita mahukan. Jadi, ia mainan tidur. 

Tidur tanpa doa tidur akan membuatkan Syaitan senang masuk. Tidur tanpa basuh kaki membuatkan Syaitan senang masuk jadi, untuk mendapatkan tidur yang lena dan smooth, basuhlah kaki, dan bacalah doa dan adalah sebaik-baiknya kita ambil wudhu' sebelum kita tidur. 

Berbalik kepada cerita awal tadi, waktu yang kita mungkin hargai adalah apabila kita diilhamkan oleh Allah SWT untuk memimpikan Rasulullah SAW yang mana mungkin Syaitan dapat menjelma sebagai Baginda. Ya Allah, itu adalah impian setiap umat Islam dalam dunia ini. Sesungguhnya kami tidak akan dapat menatap wajah Baginda selain hari Akhirat. Dan diilhamkan untuk bermimpikan Baginda adalah satu perkara yang amat istimewa. Allahuakbar!

Namun, adakah cukup amalan kita untuk Allah SWT mengilhamkan untuk kita bermimpikan Rasulullah SAW? Itu adalah pertanyaan untuk diri kita sendiri dan untuk diri kita sendiri menjawab akan soalan itu.

Waktu sekarang, ramai jemaah Haji seluruh dunia menjejak kaki ke Tanah Haram, Mekah dan mengerjakan ibadah Haji yang menjadi impian setiap daripada Umat Islam di dunia ini. Sekali sahaja adalah cukup untuk kita mengerjakan ibadah Haji. Namun, bagi mereka yang berkemampuan, untuk mereka mengerjakan ibadah haji hanya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Amin.

Aku mungkin tidak mempunyai iman setebal insan-insan lain, namun, aku sentiasa cuba untuk berubah dan cuba menjadi hamba-Nya yang terbaik. Sesungguhnya, tidak ada orang lain akan dapat mengubah diri kita sendiri melainkan diri kita sendiri. Amin.

Maafkan aku jikalau entry aku kali ini lebih berkisar akan Agama Islam, aku tau, bagi mereka yang mengenali diri aku, aku bukan orang yang sesuai untuk menulis sedemikian rupa, namun, ia bukanlah untuk aku berbangga tetapi aku menulis sekadar ingin berkongsi dengan pembaca akan apa yang ada dalam diri aku. Doakan aku ye.

Assalamualaikum WBT

p/s: will prepare for tomorrow's updates.

No comments:

Post a Comment