Nuffnang Ads

Saturday, October 27, 2012

Lemon Diet di Hari Raya.

Bangun pagi, gosok gigi,
Cuci muka terus mandi...

Korang mesti nyanyikan verse kat atas tu kan? Jangan tipu... hahaha.. mesti punyalah.. aku pun sama, sambil taip, sambil nyanyi...

Sebelum tu, Selamat pagi dan salam AidilAdha ke-2 aku ucapkan kepada semua.. sihat tak? Mesti ada semua sihat kan? Makan daging banyak tak semalam? Kalau banyak, no no no... jangan makan banyak sangat, banyakkan minum air masak dan kalau boleh do the lemon diet, di mana, sebelum, semasa dan selepas makan, minum air lemon dan makanan yang berasaskan lemon. Lemon boleh membantu mengurangkan pembentukan lemak di dalam badan. Tetiba lah kan. "Eeeeiii,, lemon mahal lah", makanya haruslah kita menjadi creative dan bijak, gantikan lemon dengan limau nipis. Kesannya lebih kurang sama namun, limau nipis sebenarnya mempunyai rasa yang sedikit berbeza dengan lemon, ia lebih manis. Hehehe.. seriously, ia ada rasa manis. tak percaya? Cuba, aku pun telah cuba jugak, cuma, ada lah kesan sampingan, iaitu, perut akan meragam dan kita akan mendapat cirit birit. Namun, ia bukanlah cirit birit sampai habis hilang air dalam badan, cuma, ia membuang lemak2 yang berada di dalam badan. Okay? kalau nak kesan lebih, buat air perahan limau dan campurkan dengan air suam, memang tiptop kesannya. Nak lagi berkesan? Sebelum melakukan kerja2 berat atau senaman, minum air ini, memang ia memberikan kesan yang cepat dan badan anda tidak akan menggelebar.

Eyh! tetiba jadi pakar kesihatan. Tapi cuba lah, aku pun telah mencubanya cuma aritu berhenti seketika, so, ni nak mula balik. Hehehe...

Hari ni, hari raya kedua,
Raya kedua masih ada Qurban,
Weh, makan daging tu berpada-pada,
Takut nanti kita terkorban.

Itu pantun nasihat, sapa2 nak beli, beli lah... heheh.. tak payah bayar pun. Ni nak pergi masak sarapan ni, nasi goreng. 

Assalamualaikum WBT

p/s: lapar.

No comments:

Post a Comment