Nuffnang Ads

Friday, October 19, 2012

Menu Minum Petang : BAKWAN

Selamat petang semua...

Harap semua gembira baca post aku pagi tadi kan? hehehe... Apa-apa pun korang makan apa petang ni? Hehehe... korang tau aku makan apa? aku makan, Bakwan. Korang tau tak Bakwan tu apa? Haaa... ini resepi yang aku belajar dari seorang mak cik yang berwarganegara Indonesia yang berasal dari Bandung tapi dia dah duduk Malaysia lama dah dan dia bekerja sebagai buruh di kampung aku ni. 

Kami aritu makan kat 'kongsi', 'kongsi' itu adalah sebuah penempatan sementara untuk pekerja balak. Biasanya, mereka duduk ramai-ramai dan mempunyai seorang tukang masak untuk memasak meals untuk mereka. Ha.. jelas? okay, move on. 

Dengan itu, aku nak kongsi resepi Bakwan ini dengan semua. Hehehe.. Mari kita tengok bahan-bahannya.

Bahan :

500 gram tepung gandum
satu sudu teh serbuk penaik
2 cawan air
sedikit garam
sebatang carrot (dipotong panjang dan nipis)
sedikit kobis (dicincang nipis)
taugeh halus
daun kucai (dicincang halus)
daun bawang (dicincang halus)
3 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
4 ulas bawang putih ( ditumbuk)

Cara-cara :

Tepung gandum, serbuk penaik, garam dan air dicampurkan sekali dan kacau sehingga sebati. Masukkan carrot, kobis, taugeh halus, daun kucai, daun bawang, bawang putih dan bawang merah kecil sekali. Kacau sehingga sebati dan jikalau terkurang air, tambahkan sedikit air supaya sebatian menjadi seperti sebatian cucur. Selepas sebati, biarkan ia seketika supaya serbuk penaik menjalankan tugasnya.

Panaskan minyak di dalam kuali dan masakan Bakwan sehingga menjadi kuning keperang-perangan. Hidangkan bersama sos cili dan air tea o. Petang anda akan menjadi lebih bermakna.

the Bakwan mixture

Bakwan in action...

Ready to be served!

Wah! macam iklan tv dah aku ni. hahaha..


yeay!!! semoga korang cuba resepi mudah dan amat sedap ini. Selamat mencuba!!

Assalamualaikum WBT

p/s: fikir nak masak apa pulak nanti.

3 comments:

  1. Cam cucur je...tjuk je lain...resepi sma aje..

    ReplyDelete
  2. aziekz : thanks sebab komen, a'ah kan? sama je kan? tapi iya la.. dah dorang panggil bakwan..kita pun panggil bakwan jugak lah..haha

    ReplyDelete
  3. as salam,

    mmg sedapla, rasa mcm penah try masa kat lepeh..haah akak duk kat somewhere in lipis :)

    ReplyDelete