Nuffnang Ads

Saturday, October 27, 2012

Nasi Goreng Akmall Razlan

Morning...

Seperti aku beritahu di entry lepas, aku nak masak nasi goreng kan? So... this is the nasi goreng. Have a look. Well, I wish I could say, have a taste but... sorry, me can only taste it. Hehehe...




Well, nasi goreng ni senang je, Nak resepi?

Okay, ini dia.

Bahan-bahan (1 hidangan 2 orang)

2 cawan nasi putih
2 biji bawang merah
8 biji cili padi
ikan bilis yang telah dibuang isi dalamnya
3 cm halia (sedikit sahaja)
sedikit kobis bulat
1 biji telur ayam
Minyak
 Garam
Ajinomoto

Cara-cara:

1. Tumbuk (bawang merah, cili, ikan bilis, halia bersama sedikit garam kasar) sehingga lumat.
2. Panas kuali dan tuangkan minyak ke dalam.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan letakan api kepada sederhana. Masak sehingga naik bau. Biarkan seketika sehingga ia kelihatan sedikit keperang-perangan.
4. Masukkan nasi dan gaulkan sehingga ianya sebati di dalam kuali.
5. Masukkan kobis. Gaul lagi.
6. Masukkan garam, ajinomoto. Rasa dan gaul lagi.
7. Buatkan lubang ditengah2 nasi dan pecahkan telur ayam ke dalam. Kacau telur ayam dan gaulkan nasi.
8. Biarkan nasi garing sebentar. Rasa lagi, jikalau tidak menepati rasa anda, tambahkan garam atau ajinomoto sehingga berasa.
9. Sedia untuk dihidangkan.

Haa.. senang tak? Resepi tu mak aku selalu buat cuma dia buat lagi sedap, apa yang diletakkan dalam tu aku pun tau tau, cuma maybe dia letak kasih sayang dia dalam setiap makanan, so sebab tu sedap kemain. HEhehe...

Okay, nak pergi bapa saudara kenduri pulak ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Harap korang cuba resepi ini. Aku suka letak halia dalam nasi goreng, ia menambah kesedapan nasi goreng itu sendiri.

No comments:

Post a Comment