Nuffnang Ads

Friday, October 26, 2012

Pengalaman Di Hari Raya AidilAdha.

Selamat petang semua!!!

Ya Allah... sedar tak sedar dah petang dah. Petang di hari Raya Haji yang pertama. Mengikut kalendar, ramai yang dari Bandar besar akan balik ke kampung masing-masing. Sebab? Okay, hari raya tahun ni juga jatuh pada hari Jumaat dan banyak masjid di ibu negara mengambil keputusan untuk melakukan ibadah Qurban pada esok hari iaitu pada hari raya kedua. Sebab, kalau kat bandar2 besar, haiwan yang hendak diqurbankan adalah banyak, so, dorang takut tak sempat makanya mereka mengambil keputusan untuk melakukannya pada esok hari. 

Cara ini juga ada dilakukan di kampung-kampung, bagi kampung yang banyak penduduk melakukan ibadah qurbah, mereka juga memilih untuk membahagikannya kepada sedikit pada hari ini, dan sedikit lagi pada hari esok. So, fair and square, right? 

Tapi, tadi kat kampung aku, kami telah menumbangkan sebanyak 5 ekor lembu. Alhamdulillah, aku juga terlibat dalam proses tersebut dan aku tadi duduk di bahagian pembahagian dagingnnya. Banyak giler aku timbang tadi, dan kami dapat sebanyak 130++ kampit daging. 1 kg = 1 kampit. *maaf takde satu Malaysia. hahahha... *selingan.

Kami sembelih, kami lapah, kami potong, dan kami bahagikan untuk setiap rumah di kampung kami. *Kampung Jenud. Alhamdulillah, semua dapat merasa daging haiwan qurban yang disedekahkan oleh mereka yang melakukan ibadah Qurban tersebut dan setiap rumah dapat lebih kurang 2 kg. Banyak tuh. Kalau beli tu lebih kurang RM40+ tuh, banyak kan? 

Aku pada tahun ini, terlibat dalam pembahagian daging dari mula hingga akhirnya. Aku adalah antara orang yang terakhir balik ke rumah. Hehehe.... dan menjadi antara orang yang terakhir balik ke rumah adalah perkara yang baik, aku dapat bawak balik daging banyak. Ayah aku banyak lagi banyak, so, kalau combine, mungkin sampai tahun depan kami makan daging, HAhaha... *melampau tak hahaha. tipu je... heheh...

Okay, pagi tadi aku dan kakak aku masak nasi ayam untuk makan tengahari sebenarnya, banyak dan alhamdulillah, kalau kami berdua buat nasi ayam, memang tiptop! hahaha. memang sedap. Aku pandai masak. *puji diri sendiri lagi.. hahahha...

Ni nak pegi tempat orang kenduri lagi nih, banyak lagi rumah orang kenduri, hihu... 

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang makan nasi ayam, sok lusa, berterusanlah makan daging.

No comments:

Post a Comment