Nuffnang Ads

Saturday, October 27, 2012

Songkok dan Kopiah.

Selamat petang...

Seperti yang dijanjikan tadi, tajuk untuk entry ini adalah "Songkok dan Kopiah". Mesti ramai yang telah menjangkakan apa yang hendak aku perkatakan kan?  iya, tepat sekali apa yang korang semua fikirkan. Ia memang mengenai "Songkok dan Kopiah". Apa lagi kan? 

Tetapi, bagi sesetengah orang, Songkok dan Kopiah memberikan dua simbol yang amat berbeza. Sangat berbeza. Berbeza dari segi apa? Cuba anda tengok sekeliling. Ini daripada pemerhatian aku juga sebenarnya cuma mungkin pemerhatian aku ini adalah secara rawak dan ia mungkin juga tidak betul. Harap maklum. Tapi aku nak tulis juga. :)

Okay baiklah, kita mula yer? Songkok dan Kopiah. Siapa yang selalu pakai Songkok? Siapa yang selalu pakai Kopiah?NAMUN! harus aku nyatakan disini, TIDAK SEMUA daripada mereka membayangkan KOPIAH DAN SONGKOK sebagai pandangan politik mereka. Itu adalah apa yang aku lihat dan aku bukan pengkritik politik ataupun sesiapa. Aku hanyalah orang biasa yang mempunyai pandangan yang berbeza terhadap sesuatu.

Aku menyokong parti yang aku sokong. *Maaf, tidak boleh didedahkan kalau berkawan dengan aku, taulah aku sokong siapa. Tapi, sekali lagi, jikalau sesebuah parti melakukan kesalahan, maka salah lah, tidak akan ia menjadi betul, namun, jika ia betul dari pandangan aku, maka ianya betul walaupun ia daripada parti selain parti yang aku sokong. Pullstop!

Berbalik kepada Songkok dan Kopiah. Pandangan berbeza dan kadang-kadang dari segi percakapan dan pakaian, kita mampu mengenali siapa Songkok dan siapa Kopiah kan? Ianya ibarat satu simbol yang tidak boleh dipisahkan. Ia ibarat satu identiti yang telah wujud di dalam kedua-dua parti tersebut.

Tetapi, apa yang hendak aku highlight kan di sini adalah, kadang-kadang, Songkok dan Kopiah ini bersatu dan mereka mampu berkerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan seperti majlis qurban, majlis kahwin dan majlis2 yang melibatkan mereka untuk bergabung. Akan tetapi, ini adalah apa yang aku lihat di kampung-kampung, tetapi tidak di bandar. Maaf, aku tidak dapat komen keadaan di bandar sebab aku tidak duduk di bandar. Mereka yang dibandar lebih mengetahui apa yang mereka lakukan disana., kan? Hehehe...

Dah la,, entry aku ini sebenarnya BUKAN untuk mencemarkan atau memprovokasi mana-mana pihak cuma, there is a fine line between POLITICKING and SOCIALISING. Kalau berpolitik, berpolitik lah, dan apabila sampai waktu untuk bersosial dan berkomuniti, maka, berkomunitilah. Ingatlah, dalam berpolitik, ia tidak membawa sampai ke mati, tidak ada mereka yang bergelar Datuk Seri dan seangkatan datang untuk menggali kubur, yang ada hanyalah orang-orang kampung, anak-anak, saudara-mara, maka, be wise and be nice. Itu sahaja. Maaf jikalau ada yang terasa, namun setuju ataupun tidak, itu adalah hakikat yang perlu ditelan. Memang pahit namun ia adalah kebenaran. Kan?

Terlalu panjang aku menulis.

Assalamualaikum WBT

p/s: sama-sama kita fikirkan bersama. Masih tidak terlewat. Benar.

No comments:

Post a Comment