Nuffnang Ads

Tuesday, November 27, 2012

ABP Pencalonan Awal TIDAK TELUS???

Assalamualaikum WBT,

Demam ABP Pencalonan Awal sudah bermula, namun, sebelum apa-apa, pada saya, terdapat perkara yang amat bercanggah! Sangat bercanggah! Harap pihak Berita Harian dapat menyelesaikan masalah ini. Mungkin saya tidak faham akan terma dan syarat tapi cuba anda semua baca apa yang terdapat di sini. Mari tengok bukti ini.




 Ini adalah syarat-syarat yang ada pada borang pencalonan awal. Agak jelas penjelasan yang diberikan bukan? Syarat pertama, Anda hanya boleh memilih SATU (1) CALON BAGI SETIAP KATEGORI dengan menandakan pangkat (x) di ruangan yang disediakan dan lengkapkan soalan.


 Namun, ini adalah artikel yang ditulis oleh Muhamd Fairoz Azizan yang mengatakan *sila lihat tanda merah tersebut. Quote "...dan tanda lima artis pilihan bagi setiap categori."

Maafkan saya, mungkin saya tidak pandai bab-bab journalism dan memutarbelitkan fakta tapi ini apa ye? Jelaskan saya jikalau saya tidak jelas dan jelaslah kita inginkan penjelasan dari pihak Berita Harian.

Saya ingin mengisi borang ini tadi, tapi selepas terdapat beberapa syak, saya berhenti dan menulis entry ini. Harap ada pihak ambil tahu. Kesian artis nanti dan kesian pengundi yang mengundi nanti.

Assalamualaikum WBT

p/s: Pemerhati sahaja.

No comments:

Post a Comment