Nuffnang Ads

Friday, November 9, 2012

Ayam Taliwang untuk Lunch hari ini.

Assalamualaikum WBT dan selamat tengahari semua..

Apa khabar di hari Jumaat yang sungguh indah ini? Anda semua makan apa tengahari tadi? Saya? Alhamdulillah, tadi saya berkesempatan untuk memasak Ayam Taliwang. Iya, Ayam Taliwang, resepi ini saya belajar dari Chef Wan dalam cerita beliau, Ekpedisi Chef Wan yang ditayangkan di AFC (Asian Food Channel). Saya suka Chef Wan dan cara beliau mengendalikan rancangan tu memang syok habis. Kelakar sungguh, dan ada satu episod tu di Yunan, kalau tak silap, dah seronok! seronok tengok celoteh Chef Wan yang sungguh berpengalaman tu. 

Resepi Ayam Taliwang ni sebenarnya berasal dari Pulau Lombok, kebetulan saya dapat tengok hari tu, so, alhamdulillah, hari saya cuba. Sebenarnya ia seperti ayam percik yang biasa je, namun, saya buat mengikut selera kami. Sebelum itu, saya tunjukkan gambar yang saya telah snap sebelum dimakan, hehehe..


Ingin mencuba?

Ini resepinya,

Bahan-bahan :

1 Ekor Ayam
2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia muda
3 lengkuas
1 batang serai
3 keping asam keping
2 cawan santan
10 biji lada kering
4 sudu minyak masak
kunyit
garam
gula


Cara-cara :

1. Ayam dipotong 12 atau ikut suka hati anda sebab nanti kita akan bakar ayam tersebut. Dan lumurkan kunyit serta sedikit garam kepada ayam tersebut.

2. Kisarkan, bawang besar,bawang merah, bawang putih, halia muda, lengkuas, serai, lada kering dan sedikit garam.

3. Perapkan ayam bersama bahan kisar berserta asam keping tadi. Perapkan selama minima satu jam.

4. Selepas itu, keluarkan ayam daripada bahan perap, dan letakkan ke dalam bekas lain. Jangan buang bahan perapan.

5. Bolehlah mula untuk membakar ayam tersebut.

6. Untuk bahan perapan, tumiskan bahan perapan dengan 4 sudu minyak masak. Goreng sehingga naik bau dan sedikit garing. Letakkan sedikit garam dan gula. Setelah ia kelihatan sedikit garing, bolehlah masukkan santan kelapa dan masak ia sehingga masak.

7. Bakar ayam sehingga kesemua ayam tersebut masak dan bolehlah dihidangkan.

Ia boleh dimakan begitu sahaja ataupun boleh dimakan bersama nasi.Selamat mencuba!

Assalamualaikum WBT

p/s: itu sahaja, senang bukan?

No comments:

Post a Comment