Nuffnang Ads

Saturday, November 3, 2012

Bagilah nama anak yang baik-baik!

Salam...

Lama sungguh tak ke udara kan? Sorry la, sibuk dan ditambah dek line broadband yang agak sengal serta bangang ni. *untuk makluman, aku guna Celcom. Huahuahua...

Eh, sekarang kan, perasan tak, ibu bapa muda selalu je bagi nama anak-anak sepanjang yang boleh dan lagi kurang orang guna nama-nama tersebut lagi mereka suka kan? Perasan tak? Kalau anda salah seorang dari ibu bapa muda itu, cuba fikir balik, bayangkan anak anda perempuan dan suatu hari nanti, anak perempuan anda itu akan kahwin. Kalau lidah anda boleh menyebutnya semasa anda mengahwinkan anak anda takpe, kalau tok imam? Memang lah ramai dah imam muda sekarang tapi, ramai jugak imam yang tua-tua kan? Jadi, adalah baik jika anda fikirkan nama anak-anak yang mudah dan simple je nak disebut. Panjang sikit takpe lah, cuma jangan payah nak disebut. Okay?

Iya la.. kadang-kadang nama anak wah gitu, Puteri Siti Nur Fasihatunakma Intan Payung Pung Pang Pung Pang binti si polan. Ya Allah.. bayangkan lah eh, 

Tok Imam : Aku nikahkan dikau Puteri Siti Nur Faaaasssiiiiihhhaaa... aih! susah nak sebut aih.. 

Hahhaha.. bayangkan, kalau ayahnya ada, senang lah sebab mesti mak dengan ayah yang setuju untuk nama sepanjang itu kan? dan sepayah itu. sooo.. takde masalahlah untuk ayahnya mengahwinkan anaknya kan? Dan aku rasa, kepada pasangan pengantin perempuan, berlatihlah dulu betul2 sebelum akad nikah. hihu.. takut sebut nama orang lain pulak nanti.. hahahha..

Okay la, kalau nak bagi nama kepada anak kan? terutamanya anak perempuan, bagi lah nama anak yang sedap2 didengari dan jangan sesedap mulut je nak bagi. Contoh, 


Isteri : Abang, kalau anak kita lahir nanti, saya nak bagi nama anak kita sempena penyanyi kegemaran saya, kalau lelaki saya nak namakan Justin Bieber dan kalau perempuan pulak, saya nak gabungkan nama dua penyanyi kegemaran saya, Siti Nurhaliza dan Mariah Carey, jadi.. Siti Mariahtulhaliza. Sedap tak abang?

Suami : Awak ni, habis tu, saya macamne? Penyanyi kegemaran saya pulak macamne? Kalau lelaki saya minat Hattan, kalau penyanyi perempuan saya minat, Jennifer Lopez, jadi? kita gabung nak?

Isteri : Okay, Tadi Justin Bieber kan? camput Hattan, Justin Hattan Bieber dan kalau perempuan, Sitijen Mariahtulhaliza Lopez. Okay tak bang?

Suami : Okay juga, mesti takde orang buat lagi kan?


Haaaa.. memang takkan ada orang buat benda yang sungguh bangang macamni. Memang takde, gabung nama artis bagai. Takke pelik tu. HAhahaha..  memang takkan ada orang buat. Seyes! hahaha...

Tapi apa-apa pun, memang ada nama yang digabungkan menjadi sedap bunyinya. Tapi ada jugak nama yang digabung tak sedap bunyinya, pelik lagi ada. Tak gitu?

Well.. harap korang semua terhibur dengan coretan malam ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: keras perut saya ketawa.

2 comments:

  1. tersasul2 tok imam tu nt...kan...

    ReplyDelete
  2. Fendy : itu la.. memang akan tersasul lah lidah tok imam...hahaha

    ReplyDelete