Nuffnang Ads

Friday, November 2, 2012

Di Bawah Naungan Itu.

Salam Jumaat,

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat dan penghulu segala hari dan esok adalah cuti, makanya saya dengan berbesar hati ingin berkongsi satu puisi yang diilhamkan ketika saya kerja tadi. Hehe.. ini dia...


Di bawah Naungan itu – Akmal Razlan

Di bawah naungan itu,
Kau dan aku gembira.

Di bawah naungan itu,
Kau dan aku menangisi pemergian.

Di bawah naungan itu,
Kau dan aku melompat kegirangan!

Di bawah naungan itu,
Kami berlari berkejaran.

Dibawah naungan itu,
Kami mencapai kejayaan.

Memang,
Naungan itu memberi kesedihan,
Naungan itu memberi kegembiraan,
Naungan itu memberi kejayaan,
Naungan itu menunjukkan keikhlasan,
Naungan itu tidak pernah cuba menghancurkan.

Naungan itu, Maha Suci,
Naungan itu, Maha Agung,
Naungan itu adalah Mu, Ya Allah.

 Enjoy.

Assalamualaikum WBT

p/s: seronok pulak dapat berpuisi ni. 

No comments:

Post a Comment