Nuffnang Ads

Tuesday, November 27, 2012

"Harimau jadi kucing"?? meeoowwww...

Assalamualaikum WBT,

How do you do?

Hari ini, saya takde apa-apa entry kan? Baru sekarang saya menulis ni. Sebenarnya, saya cuba mencari idea dengan membeli surat khabar, tapi malangnya, takde idea. Hanyalah kritikan yang dilemparkan kepada Pasukan Bola Sepak negara. Ingat! saya cakap Pasukan, pasukan bukanlah hanya mereka sebelas orang yang bermain di dalam padang, ia termasuk, dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan dan juga peminat. 

Memang benar, harapan tinggi diletakkan di atas bahu pemain dek kerana mereka menang Piala Suzuki musim yang lalu, tetapi prestasi tidak menentu dan experiments yang dijalankan oleh Rajagobal membuatkan peminat berasa sesuatu yang tidak kena. Ada suara-suara mengatakan ia berpunca daripada taktik dan percaturan Rajagobal yang 'basi' dan cara permainan yang telah diketahui oleh pihak lawan. Mungkinkah percaturan baru perlu dibuat untuk meletakkan kembali maruah Pasukan Bola Sepak Malaysia? Mungkin atau mungkin ada pihak yang perlu dengar cakap. Mungkin.

Muka depan Sinar Harian Edisi Pahang hari ini berbunyi "RAJA KENA JAWAB", peminat bola sepak tidak puas hati kekalahan Harimau Malaya, mahu jurulatih bertanggungjawab". Di muka sebelahnya, "Jurulatih salahkan Apex", "Rajagobal cuba lepaskan diri, tuding jadi kearah pemain". Ironinya, dikolum kecil di muka depan ada petikan dari Dr. Mahathir, "Jangan merusuh jika kalah". Nak ketawa pun ada, bagus Editor Sinar Harian Edisi Pahang ni, penuh sarkastik. hahhaa..

Saya juga ada belu Berita Harian, hari ni takde berita berkisar tentang bola sepak di muka hadapan cuma di muka belakang ada satu quote yang memang hangat. "Harimau jadi kucing". Kalau nak ikutkan dari sains, Harimau datang daripada Keluarga Kucing, cuma harimau adalah ahli keluarga kucing yang besar. So, kucing ke, harimau ke, harimau bintang ke, ia tetap dalam keluarga kucing (FELINE no CANINE). Canine tu keluarga anjing pulak, itu lain keluarga. Tak masuk dalam ini drama. 

Tapi kalau tuan-tuan  dan puan-puan selak di mula kedua dan ketiga sebelum muka surat terakhir, banyak lagi artikel yang diterbitkan antaranya, "PM tuntut Harimai bangkit", "Saya Mohon Maaf" dan "Semua orang kecewa, saya lagi kecewa : Rajagobal". Tapi yang menarik minat saya adalah, artikel "Saya Mohon Maaf" "apek minta jangan kait dengan kahwin, tekad bangkit". Mungkin Apek risau dengan perkahwinan beliau dengan Liuenie *saya tak pandai nak eja nama dia. hahaha.. Mungkin wang hantaran masih tak cukup? takde sponsor? Nak sponsor besar-besaran macam Dato Lee Chong Wei? Atau mungkin nak Rosmah duduk di tengah-tengah antara dia ngn Liuenie? Atau mungkin takde kek 10 tingkat? Itu semua mungkin berada dalam fikiran Apex, mungkin, saya tak kata ianya betul, tapi sebarangan kemungkinan tetap ada. Iya lah, nak kahwin, tetiba masih sibuk main bola semua bagai. Mestilah risau kan? Takut lauk basi ke nanti *macam tajuk utama di Kosmo hari ini. Siap buat laporan polis lagi. Kalau saya pun, mesti risau sebab tak lama nak kahwin dah, nak jaga isteri. Tak nak bagi isteri berjalan-jalan. Atau mungkin, dorang masih dalam perbincangan destinasi bulan madu dorang kan? mana tahu. Kan?

Terbanyak pulak, ada pulak kan peminat marah. Hehhee.. marah-mara jugak sebab kalah kan? tapi kalah-kalah pun, sayang jugak tu.

Ada dialog yang saya dengar dari peminat di tv pagi tadi, 

"Saya malu dengan permainan Harimau Malaya, dah la saya duduk dengan penyokong Singpura. Tuhan sajalah yang tahu rasa marah. Saya bayar tahu nak masuk, tapi kalau macamni, baik tak payah". Wah akak tu, hebat betul, hahaha.. saya rasa nak termuntah pun ada dengar. hahaha

Dah lah.. terbanyak pulak tulis.

Assalamualaikum WBT

p/s: saya maafkan awak wahai Apex.

No comments:

Post a Comment