Nuffnang Ads

Wednesday, November 28, 2012

Kebangkitan Harimau Malaya Beri Amaran Awal!

Assalamualaikum WBT,,

Harimau Malaya terus menapak mara kehadapan!

Kemenangan Harimau Malaya ke atas Laos dengan jaringan 4 berbalas 1 menunjukkan kesungguhan para pemain dalam membuktikan kemampuan mereka kepada semua rakyat Malaysia. Dengan kemenangan ini juga, ia menunjukkan kebangkitan Harimau Malaya dan seterusnya memberikan amaran awal akan ke'laparan' mereka dalam memburu Piala Suzuki bagi edisi tahun 2012. 

Kejuaraan Harimau Malaya pada edisi lalu dijadikan azimat dalam mempertahankan kejuaraan mereka. Segala usaha akan dilakukan oleh jurulatih Datuk K. Rajagobal dalam memperkasakan barisan pemain Harimau Malaya. 

Kekalahan 0-3 kepada Singapura membuatkan anak didik Datuk K. Rajagobal bangkit dan membuktikan mereka masih mampu bersaing dan seterusnya menyalakan api kemaraan skuad Harimau Malaya. Peminat yang rata-rata masih ada sedikit ragu-ragu terhadap kemampuan Skuad Harimau Malaya tentunya berpuashati dengan aksi bersemangat yang telah diberikan oleh Harimau kita. 

Pesanan bagi pasukan bola sepak tanahair "Jangan terlalu cepat berpuas hati" dan para peminat bola sepak tanahair seharusnya terus menyokong pemain serta pasukan bola sepak tanahair dengan sepenuh sokongan. Semoga Malaysia mampu bersaing dengan pasukan yang lebih hebat dan seterusnya memenangi Piala Suzuki edisi 2012. Amin.

Itu sahaja laporan saya, Akmal bin Razlan. Kembali ke Seri Pentas.

Assalamualaikum WBT, majulah sukan untuk negara.

p/s: berangan sekejap menjadi pembaca berita. heheh

4 comments:

  1. Peluang ke separuh akhir kembali terbuka..misi pertahankan kejuaraan perlu diteruskan..yg pentig fokus, fokus, fokus.

    **Jk sudi, jom support saya dlm Contest iPhone 5 Gadget Impian..

    1. Klik Entri Contest iPhone 5 Gadget Impian
    2. Klik butang G+1 (Google Plus)

    ReplyDelete
  2. UpProfits: yup. memang terbuka. insyaAllah, semuanya akan brjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  3. alaa.. smlm tak sempat tgk. hehe.. sbb dis morning i got a test.. anyhow. gud luck Malaysia

    ReplyDelete
  4. licha liza : hehe. my mum suka betul tengok bola sepak semalam, cam tengok filem aksi.hahahha...

    ReplyDelete