Nuffnang Ads

Saturday, November 17, 2012

Kedai Rakyat Satu Malaysia di Raub.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua, mesti anda semua sihat walafiat kan? Saya berhenti seketika tulis entry dalam English language sebab saje je nak bagi feel Melayu sikit. hehehe..

Apa-apa pun, kami yang duduk di Daerah Raub telah mempunyai satu kedai yang bernama, Kedai Rakyat Satu Malaysia. Kedai Rakyat Satu Malaysia di Daerah Raub mempunyai pelbagai barang yang memang murah dan berkualiti. Tadi saya dan ibu bapa sempat pergi ke Kedai Rakyat Satu Malaysia ini yang terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub. Kami membeli beberapa produk asas seperti beras, sabun cecair mandian dan beberapa lagi barangan. Mak saya kata, "nak cuba dulu beras Satu Malaysia ni, kalau sedap, boleh beli lagi".

Apa-apa pun, tujuan utama kerajaan menubuhkan Kedai Rakyat Satu Malaysia ini adalah untuk menggalakkan rakyat membeli di kedai kerajaan yang memberikan harga yang mudah dengan barang yang berkualiti. Terima kasih Kerajaan! *sumpah, ini bukan entry promo. Hahaha...

Ini, saya ada beberapa gambar yang hendak dikongsikan bersama.

Gambar depan kedai.

Kenal tak sapa tu? Mak saya lah!!

Rempah ratus Satu Malaysia.

Ramai jugak yang datang.
Semasa ini, ada supervisor dia clarify beberapa perkara kepada perkerjanya. Saya sebenarnya merasakan apa yang dilakukan oleh supervisornya memang tak kena tempat, bayangkan ramai2 pelanggan, dia marah2, cakap kuat2, then like memalukan pekerjanya. Memang dia ingin clarify few things tapi takkan takde masa lain kot. Dengan barang dekat belakang sana bersepah, barang banyak lagi tak masuk shelves, cakpa kuat bagai, ia mendatang ketidakselesaan kepada semua pelanggan. Most of the customers who came this evening were confused and memang tertanya-tanya akan perkara tersebut. Jujurnya, saya pun rasa tak selesa, tapi nak buat macamane, kami hanyalah pelanggan, mungkin supervisornya mempunyai pendekatan yang berbeza dengan pemikiran saya. Itu saya tak kisah lah, biarlah. 

Tapi apa-apa pun, harap semuanya tidak menjadi lagi selepas ini. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok masuk kedai tu, semua putih je dan banyak je simbol Satu Malaysia.

1 comment: