Nuffnang Ads

Sunday, November 25, 2012

Majlis Konvokesyan UniSZA 1 - 2 Dec 2012.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Saya baru saja dapat meng-onlinekan diri ini. Banyak hari jugak kan saya tak mengepos entry. Iya la, selalunya saya akan terbit satu atau pun dua entri sehari kan? So, beberapa hari ini, saya tak dapat masa nak post entry, tapi tak apa, saya akan cuba luahkan akan apa yang berlaku beberapa hari kebelakangan ini.

Petang tadi, selepas saya makan tengahari, saya dapat panggilan daripada salah seorang daripada kawan saya. Bertanyakan fasal hal dinner alumni yang mungkin hendak dilaksanakan pada malam selepas convocation. Possibilities? Saya sebenarnya tidak tahu, tapi apa yang saya tahu, setiap daripada pelajar yang hendak berkonvo akan pergi ke sana dengan keluarga masing-masing dan mungkin orang lain tidak, tapi saya akan bersama dengan ahli keluarga saya yang pergi dan bawa mereka melihat kawasan sekitar. Dan, saya tak sanggup nak biarkan mereka sit around and do nothing dan kalau nak ajak semua, kosnya besar. Saya pun takde duit sangat.

Apa-apa pun, saya  berasa sangat gembira dan bercampur sedikit teruja untuk majlis convocation yang tak lama lagi. Majlis Konvokesyen UNISZA akan dilangsungkan pada 1 - 2 December 2012 di Stadium Tertutup Gong Badak. God willing, segalanya akan berjalan dengan lancar. Semoga segalanya akan berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.

Banyak perkara yang ingin ditulis oleh diri ini, namun, memikirkan ia akan dibaca ramai, saya akan simpan untuk diri sendiri dan biarkan ia hilang dengan sendirinya. 

Assalamualaikum WBT

p/s: serious, I am not in my best mood. But I am trying my very best to be as happy as I can. :)

No comments:

Post a Comment