Nuffnang Ads

Saturday, November 17, 2012

Majlis Perkahwinan Azrul dan Wani (17-11-2012) di Karak.

Assalamualaikum WBT,

Agak lama saya tidak ber-update di blog kesayangan yang memberikan seribu satu kisah kehidupan saya. Alhamdulillah, lebih kurang pada pukul 11.00 pagi, seorang lagi sepupu saya, Mohd Azrul Mazrie bin Sabri telah secara sah memperisterikan Nursalma Hazwani binti Abdul Halim. Majlis akad nikah bertempat di Masjid Karak dan majlis ini telah disaksikan oleh keluarga serta saudara-mara dari kedua-dua belah pihak. Of course, saya dari belah pihak pengantin lelaki. Saya serta keluarga yang lain mengucapkan Selamat pengantin baru buat Angah dan Wani. 

Ini, ada sedikit buah tangan daripada saya. Saya menjadi camera man lah, walaupun bukan camera yang besar tu, tapi alhamdulillah, Canon saya tu, tetap menjadi buah hati tercinta. Hehehe...





Alhamdulillah, rombongan pihak pengantin lelaki telah pergi bertandang ke rumah pihak perempuan untuk jamuan makan, dan majlis persandingan. Sorry, kedudukan gambar tidak mengikut urutan yang betul. Apa-apa pun, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar perhubungan ini berkekalan sehingga akhir hayat mereka. Amin Ya Rab.

dan untuk minggu hadapan, Majlis Menyambut Menantu oleh pihak lelaki, akan diadakan pada, 24hb November 2012 dan bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Bentong. Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.

Assalamualaikum WBT,

p/s: kena panggil Wani, Kak Ngah la lepas ni. hahaha

No comments:

Post a Comment