Nuffnang Ads

Tuesday, November 13, 2012

Memerintahlah dengan Ikhlas.

Assalamualaikum WBT,

*I will be using Malay language for this entry.

Apa khabar semua? Sihat kan? Lama betul saya tak menulis dalam bahasa Melayu, bukan lupa, cuma nak menajamkan balik English yang telah lama ditinggalkan. Okay, tadi saya menonton berita di TV3 dan ada satu paparan yang menarik perhatian saya. 

Ia berkenaan isu yang hangat diperkatakan sekarang, isu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. Okay, saya secara jujurnya tidak ambil peduli sangat mengenai isu politik, namun isu ini mungkin dapat dihuraikan secara jujurnya oleh hati ini. *wah gitu kan? hahaha.. Bukan apa, setiap manusia membuat kesilapan dan apa yang telah dilaporkan di dalam berita, Nurul Izzah telah menjelaskan niat asalnya dalam percakapan beliau kepada Jabatan Agama Islam Persekutuan. *sepertimana yang dilaporkan di dalam berita la. Sejauh mana kebenaran tersebut, adalah luar jangkaan saya.

Tetapi, yang lebih menarik minat saya adalah, komen dua bekas Setiausaha Politik Pas Selangor yang menyatakan sokongan bagi Nurul Izzah berwaspada kerana mungkin, ia dapat menjejaskan pilihan pengundi di pilihanraya umum kelak. Salah seorang daripada mereka berkata, perlu lebih berhati-hati dalam berbicara dan janganlah menjadi seorang pemimpin yang sukar untuk ditegur dan ego.

Apa yang menarik, quote "Janganlah menjadi seorang pemimpin yang sukar untuk ditegur dan ego" adalah amat boleh diaplikasikan kepada SEMUA pemimpin di dalam negara Malaysia ini. Tidak kira di peringkat mana pun. Setinggi-tingginya sehinggalah serendah-rendahnya. Memang betul, memberi nasihat adalah perkara senang, namun, menerima nasihat adalah perkara yang paling susah untuk dilakukan. Seriously. Saya tidak bercakap untuk orang lain juga, saya juga bercakap bagi diri saya. Menerima nasihat memang amat susah, bagi sesiapa pun lah.

Namun, apabila kita bercakap fasal perihal politik di dalam Malaysia ini, kita lebih menjurus kepada kepentingan politik itu sendiri. Ia memang benar, apabila setiap daripada parti politik di dalam Malaysia ini cuba memancing undi setiap orang untuk mengundi parti politik yang dikatakan mampu membela nasib setiap Rakyat. Alhamdulillah, saya tidak menafikan, kerajaan yang memerintah sekarang mempunyai alasan kuat untuk menunjukkan mereka masih mampu untuk memerintah untuk tahun seterusnya.

Namun, seperti kata, bekas Setiausaha Politik Pas itu tadi, nasihat dan perkara dari akar umbi hendaklah didengari. *sekurang-kurangnya didengari. Jangan nanti, kalau tidak diendahkan, harga yang tinggi perlu dibayar di General Election kelak.

Ambil sahaja contoh pilihanraya Presiden di USA, memang Obama menang, namun, dia menang tipis bukan? Bukan itu salah satu daripada perkara yang perlu para pemimpin lihat? Ambil pengajaran daripada itu.

Memang, kerajaan sekarang banyak memberikan bantuan untuk Rakyat, semua bersyukur. Tapi all of these reinforcement would make people grasp for more. Dan apa yang saya tahu, dari segi ekonomi, perkara ini akan mungkin akan membuatkan kerajaan mengalami masalah di kemudian hari. Itu yang kita tidak mahu bukan?

Apa-apa pun, kenang kembali segala perit jerih orang dulu yang telah berkorban dan cuba lakukan setiap perkara dengan betul. Memerintahlah dengan baik dan betul, janganlah hanya mementingkan keseronokan berpolitik. Ia tidak akan kemana-mana. Memerintahlah untuk keamanan Rakyat dan negara.

InsyaAllah, semuanya akan selamat.

Assalamualaikum WBT.

p/s: Sekadar peringatan buat diri sendiri dan semua.

No comments:

Post a Comment