Nuffnang Ads

Wednesday, November 14, 2012

Nak memasak, perlu ada skills!

Assalamualaikum WBT,

Hi semua... sekarang dah masuk musim cuti sekolah kan? at least dah seminggu dah cuti sekolah kan? Baiklah, musim cuti sekolah, adalah musim keluarga melakukan kenduri kendara, perkahwinan dan pelbagai lagi perkara lain.

Okay, dalam kenduri ni mesti ada tukang masak kan? Saya bukanlah seorang yang professional dalam bidang masakan ini, setakat tahu basic tu, bolehlah. Nak dijadikan cerita, tadi saya dengan kakak dan anak saudara pergi ke rumah orang kenduri. Sudah jadi lumrah dan kebiasaan, malam ni masak untuk makan esoknya. Iyalah, macam ayam masak merah, gulai kawah bagai semualah kan. Tetapi, cara masakan mampu mengubah segalanya.

Selalunya, kalau dalam keluarga saya, memasak adalah perkara biasa. Nak-nak pula, mak saya memang agak cerewet dalam memasak ni. Mak saya pandai masak, dan bakat masakan memang dikenali di seluruh kampung. *Wah, angkat mak sendiri...hahah.. Takpe2, itu bukan satu masalah besar. Dalam keluarga saya, ramai yang boleh memasak. Dari kecil sampailah ke besar. Skill memasak adalah penting, sebab kita tak tau apa yang akan berlaku kan? 

Berbalik kepada cerita tadi, kita kalau menjadi tukang masak di rumah-rumah orang kahwin, janganlah kita masak 'ikut dan' sahaja. Ikut segala procedure memasak, sebab apa? sebagai contoh, kalau kita masak rendang, segala bahan kisar, cili, bawang, rempah dan sebagainya, hendaklah di masak semasak-masaknya sebelum dimasukan daging dan santan. Ini kerana, kalau ia tidak dimasak dengan betul, besar kemungkinan, masakan akan basi pada keesokan harinya. Dan ini, amat merugikan tuan rumah dan ia boleh membawa kepada pembaziran. Membazir amalan siapa? Shaiton kan? ha.. so, jangan membazir.

Baiklah, mungkin kalau kali pertama ia berlaku, kita akan merasa bersalah ataupun, cuba memperbaiki diri kan? Namun, apa yang terjadi, sesetengah orang tidak mampu untuk mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Jikalau tahun lepas, perkara lauk pauk basi telah ada, maka, secara tidak langsung, kita akan cuba memperbaiki diri kan? Tapi sesetengah orang tidak. Mereka tetap dengan cara mereka, tanpa menghiraukan apa yang akan berlaku ada kemudian hari.

Niat tuan rumah nak bersedekah kan? So, buatlah elok2, dan niat tuan rumah panggil tukang-tukang masak sekalian bukan untuk menunjuk-nunjuk kebolehan masak secara mudah. Ini bukan untuk makan 2-3 orang, ini untuk makan 200-300 orang. Lauk kena sedap dan kena betul-betul masak. Kalau tak masak macamne? Takde orang nak makan, lebih teruk! basi. Lauk basi, membazir. Jadi, sedekah tuan rumah tak sampai. Kesian tuan rumah. Hati ingin bersedekah, namun, terbantut dek perangai memandai-mandai sesetengah orang. Kesian tuan rumah.

Apa-apa pun, kalau tahu memasak bagus, dan kalau tak tahu, tanyalah kepada yang lebih tau. Tadi cakap fasal "Orang tua kan lebih dulu makan garam", timbullah satu persetujuan antara saya dan kakak saya. Kakak saya jawab "Memang lah orang tua dulu makan garam, tapi kadang-kadang dorang ni dah terlebih makan garam sehingga pening kepala". Ada betulnya apa yang dicakapkan oleh kakak saya. Peribahasa tersebut boleh dilenyapkan dan LANGSUNG tidak sesuai untuk dipakai sekarang. Hehehe.. Makan garam lebih, boleh darah tinggi dan boleh mati tau.

makan sayuran best.

Dah lah, banyak sangat dah saya mengarut ni. Hehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: saya dah pandai da masak rendang, insyaAllah, kalau nak buat sendiri tu boleh dah lah.

No comments:

Post a Comment