Nuffnang Ads

Monday, November 26, 2012

"uiissshhh mahaall" - Rozita Che Wan aka Cik Ta

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti semua sihat kan? Iya la, hehe, tempat sapa hujan? Sila angkat tangan kanan? haaa.. banyak jugak tempat yang hujan, tadi tempat saya pun hujan jugak. Alhamdulillah, sejuk juga rasanya. Banyakkan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan, Amin.

Malam semalam saya sempat menonton satu episod PrimaDona. Seronok jugak la, episod yang saya tengok tu mungkin episode yang ulangan, hello, Astro kan, yang 40 tahun lalu pun jugak, ulang 6 kali sehari, *melampau tak? hehe.. Apa-apa pun, sedia maklum PrimaDona dibarisi oleh 4 wanita jelita, Erra Fazira, Raja Azura, Rozita Che Wan dan Ziela Jalil. Dengan tagline, "Apabila wanita berbicara". Anda nak tau tak mak saya cakap apa? "Eh, bukan wanita berbicara ni, sepatutnya, "Apabila jejanda berbicara, eh! satu tak janda lagi". Hamboih gitu, molot kan.. haha.. apa-apa pun semua ketawa dek lawak tersebut.

Cuma, apa yang paling seronok dalam episode tersebut adalah, kan dalam episod yang ada Fahrin Ahmad tu, sebelum tu ada segment "sakit untuk cantik", yang ada seorang wanita tu ada masalah dengan jerawat di muka yang teruk dan chef zam buat bypass usus tu kan. Kan salah seorang daripada mereka berempat bertanyakan soalan kepada wanita tu, kalau tak silap Kak Engku yang tanya kat wanita tu, "Berapa lebur untuk buat rawatan tu?", then, wanita tu jawab "Lapan ribu". then, Cik Ta cakap kat Kak Ziela dengan nada yang memang ikhlas penuh gossip tatkala duduk di pangkin tengah makan mangga cicah kicap dengan garam, ibarat macam ahli mesyuarat tingkap, "uisshh,, mahaaalll".. siap muka dengan mata. Kami dalam rumah, memang ketawa bagai nak rak, memang reaksi Cik Ta yang ikhlas sangat tu membuatkan kami ketawa tanpa perlu skrip yang banyak. Hahha, saya pun rasa macam, adoiyai Cik Ta ni.. ingat lagi masa Anugerah Skrin yang Cik Ta bergandingan dengan Ally Iskandar, memang gamat PWTC masa tu, dengan cara Cik Ta dan ketawa Cik Ta yang kelakar nak mampus. hahaha.. Cik Ta ni memang berbakat, memang tidak disangkal lagi. Hehe.. Cik Ta boleh menyanyi tak? Kalau dia menyanyi mesti suara dia sedap kan? hahahha.. 

Apa-apa pun, PrimaDona yang menggabungkan 4 personaliti wanita yang berlainan latar belakang dan mempunyai kerjaya yang agak berbeza telah memberikan satu kelainan dalam bidang pengacaraan di Malaysia. Mungkin kita masih kekok dengan cara pembawakan pengacaraan mereka tetapi semakin lama, mereka semakin pandai mengacara. Mengacara ni sebenarnya bukan satu benda yang senang. Okay, saya haritu, menjadi 'bidan terjun' di majlis perkahwinan sepupu saya, saya menjadi pengacara majlis. Dengan sedikit sahaja ilmu pengacaraan di dada, saya gagahkan jugak sebab memang da takde orang. Dengan 'Q' yang diberikan oleh Along, saya cuba dan alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Mungkin ia tidak seperfect Aznil dan tidak semantap Kak Dibah, tapi saya telah lakukan yang terbaik. Komen paling hebat sekali ada dari ayah saya, "Apa lah,,, banyak sangat aaa..." hahha, seyes, dek gemuruh yang terlampau, saya terus lupa that 'aa' moments. Mungkin banyak, saya sendiri tak sedar, tapi saya ambil itu sebagai langkah untuk memperbaiki diri. Mana tahu suatu hari masuk ON AIR kan? kelas kau mariah. hahaha..

Eh! terbanyak pulak berkata-kata malam ni, mungkin jari jemari suka menari di atas keyboard malam ni. kan? Dah la..

Assalamualaikum WBT

p/s: baru lepas basuh muka, tapi jerawats tak hilang jugak.

No comments:

Post a Comment